Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 13, 2020 @ 6:44pm

Alahai, comelnya Mira Filzah kongsi pesanan COVID-19

Bintang Paling Popular ABPBH32, Mira Filzah menarik perhatian pengikut laman sosial Instagram miliknya apabila berkongsi video mengenai kesedaran membendung pandemik COVID-19 menggunakan bahasa isyarat.

Video yang memperoleh setengah juta tontonan sejak dikongsi empat hari lalu itu mendapat komen yang positif daripada peminat pengacara Nona di TV3 itu yang rata-rata merindui watak Putri, seorang gadis bisu yang dilakonkannya dalam drama Sweet Dreams bersama-sama Ben Amir.

Terdahulu, penyanyi, pelakon serta pengacara Alif Satar turut berkongsi hantaran video di Instagramnya dengan menyampaikan mesej menggunakan bahasa isyarat agar semua orang duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

???????? @kementeriankesihatanmalaysia @kkmm_gov #kitamestimenang #covid19 #dudukrumah

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Jom lihat video panduan COVID-19 yang dikongsi Mira. Menerusi video berkenaan, Mira memberi pesanan kepada semua agar mematuhi arahan supaya tidak keluar daripada rumah, mengekalkan jarak sosial satu meter, mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat, mengelakkan pembelian panik dan segera menjalani pemeriksaan doktor jika berasa badan tidak sihat. Seperti yang dipesan Mira, jaga diri dan selamat menonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 21 Jun 2024
Trending Mon, 7 Dec 2020
Featured Tue, 6 Feb 2018

7 Prinsip Pemakanan Untuk Kekal Langsing

Makanan adalah keperluan bagi setiap individu untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun pemakanan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, hipertensi dan juga obesiti.

Hiburan Wed, 24 May 2023

40 Tub Nutella Pecah Dalam Kapal Terbang… Peniaga Sedih, Dakwa Syarikat Penerbangan Cuai Kendali Barang

Tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Ojen yang merupakan usahawan kunafa berkongsi pengalaman sedih apabila makanan yang diterbangkan ke Sarawak menggunakan khidmat salah sebuah syarikat penerbangan pecah. Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, dia terkilan selepas melihat […]

Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

Featured Tue, 3 Aug 2021

Sumbangan 415, 000 Dos AstraZeneca Diterima Hari Pertama

Kerajaan hari ini menerima sejumlah 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan dari Kerajaan United Kingdom yang bakal digunakan sebagai dos vaksin pertama. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakarsumbangan berkenaan akan […]

error: Content is protected !!