Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 14, 2020 @ 7:44pm

Formula KKM berkesan, tiada lengkungan ketara dicatat

Graf kes jangkitan COVID-19 di Malaysia terus mendatar pada minggu keempat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekali gus membuktikan keberkesanan inisiaitif Kerajaan dalam mengekang penularan wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata data berkenaan juga membuktikan pelaksanaan fasa satu dan dua PKP berjaya mencapai matlamatnya.

“Unjuran JP Morgan menyatakan pada 14 April 2020, Malaysia akan mencatatkan 6,400 kes, namun hari ini kita mencatat tidak lebih daripada 5,000 kes. Ini bermakna PKP fasa satu dan dua, kita berjaya mengurangkan kes.

“Sepatutnya hari ini kita menyaksikan puncak lengkungan graf, tetapi sehingga kini kita tidak melihat lengkungan yang ketara. Mungkin kita sudah berjaya mendatarkan lengkungan itu berbanding unjuran JP Morgan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Othman pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar BERNAMA)

JP Morgan sebelum ini meramalkan, Malaysia akan mencapai kemuncak jangkitan COVID-19 pada pertengahan April dengan membabitkan kira-kira 6,300 kes berikutan peningkatan tinggi kes jangkitan pada Mac lalu berbanding negara lain di Asia Tenggara.

Hari ini, sebanyak 170 kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), menjadikan kes kumulatif sebanyak 4,987 kes.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia tidak boleh berpuas hati dengan data berkenaan dan perlu memberi tumpuan yang lebih pada fasa tiga PKP ini termasuk melakukan pemantauan berfokus.

“KKM berharap supaya fasa tiga PKP ini akan menyaksikan lebih banyak penurunan kes. Oleh itu, KKM akan melakukan pemantauan berfokus khususnya di kawasan panas yang berpotensi untuk meningkatkan jangkitan lebih tinggi dan memastikan kita dapat mengawal kawasan berkenaan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Contohnya, insiaitif PKP Diperketat (PKPD) yang dilakukan di Simpang Rengam dan Sungai Lui membuktikan kita berjaya mengawal keadaan daripada merebak. Dengan cara ini kita dapat mengesan kes aktif, kemudian mengasingkan mereka dan memberikan rawatan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Featured Mon, 11 Mar 2024
Sihat Tue, 17 Sep 2019
Featured Sat, 7 Apr 2018

Rupanya Ada Seorang Lagi Ahli Keluarga Kardashian Yang Anda Mungkin Tak Tahu. Sama Cantik!

Tak mengejutkanlah jika ada seorang lagi ahli keluarga Kardashian yang juga cukup lawa dan menarik perhatian.

Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Featured Sat, 1 Mar 2025

15 Tahun Berkarya, Kumpulan Fourtwnty Secara Rasmi Umum ‘Berehat’

Kumpulan indie yang terkenal dengan lagu healing nya ini mengambil keputusan untuk berehat 🙁

Featured Sat, 26 Apr 2025

[VIDEO] Suami ‘Kantoi’ Back Up Adik Tengah Live, Netizen Komen: “Kesian Bonda Rozita Dapat Suami Toksik”

Khairul seakan menegur tindakan Rozita yang dilihat mengulas mengenai isu salah faham membabitkan Rebecca.

error: Content is protected !!