Featured By: Yanie Baharom April 17, 2020 @ 12:00pm

Gara-gara jari tak ada ‘insuran’, tak pasal meringkuk dalam penjara!

 

Buat dulu fikir kemudian, spesies manusia seperti ini memang ramai. Biasanya keadaan terjadi apabila seseorang berada dalam keadaan marah, lalu bertindak menggunakan emosi, di luar kewarasan dan akal fikiran mereka.

Harus diingat, pada zaman sekarang anda tidak perlu memukul orang atau melakukan jenayah besar untuk disumbat ke dalam penjara.

Cukup kata-kata penghinaan di media sosial, sama ada Facebook, Instagram, Twitter mahupun YouTube.

Foto: 123rf

Walaupun mungkin selepas itu anda memadamkan status kerana menyedari perbuatan itu salah, namun jika ada yang menyimpan bahan bukti dan sempat melakukan perkongsian, anda tetap boleh diheret ke muka pengadilan.

Lebih tragis jika didapati bersalah, anda bukan sahaja meringkuk dalam penjara dan kehilangan pekerjaan, bahkan gelap masa depan selepas itu.

Kenapa gelap masa depan? Biasanya seseorang yang ada rekod jenayah, apatah lagi pernah dipenjarakan, tiada syarikat sudi menerima mereka walaupun perbuatan lampau anda itu, hanyalah berbentuk cacian tanpa mencederakan sesiapapun.

Contohnya memperlekehkan individu tertentu, sebagaimana dilakukan seorang remaja bernama Nursahira Mohd Mizuar, 20, yang dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan berserta denda RM10,000, kelmarin, kerana menghina polis di media sosial berkaitan wabak COVID-19 pada Mac lalu.

Foto: Gempak

Nursahira mengakui menyesal, insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya, malah sempat menulis ‘saya minta maaf’ pada kertas berukuran A4 untuk menyatakan kekhilafannya.

Foto: Bernama

Pada hari yang sama, aktor Indonesia Galih Ginanjar, juga dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan oleh Mahkamah Jakarta Selatan, kerana didapati bersalah menghina dan mengaibkan bekas isteri, Fairuz A RAfiq, dengan menyamakan bahagian intim wanita itu seperti ‘ikan asin’ (ikan masin).

Galih telah menghina wanita yang juga ibu kepada anaknya itu secara terbuka menerusi sebuah program bual bicara di laman YouTube dan dengan sengaja mensensasikan hal itu. Dua YouTuber yang bertanggungjawab menyiarkan temu bual turut dijatuhi hukuman.

Sebagai peringatan awal, supaya kejadian ‘kerana jari badan binasa’ ini tidak berlaku kepada kita semua, sebaiknya fikir dulu sebelum berkata-kata.

Fahami, kewujudan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:

Seksyen 211: Larangan Terhadap pemberian kandungan jelik

(1) Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Mohon hadam, sentiasalah menjaga sahsiah dan pekerti diri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Apr 2018

(VIDEO) Huru-Hara Di Butik Victoria’s Secret Gara-Gara Sale. Nasib Baik Tak Runtuh!

Jadi memang betullah. Kadang-kadang bila ada jualan murah, sesetengah orang itu boleh hilang pedoman.

Trending Sat, 6 Jun 2020
Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Trending Thu, 2 Jan 2020

Penduduk Hong Kong Sambut 2020 Dengan Tunjuk Perasaan Besar-Besaran

Hmm.. Tahun Baru disambut dengan begini , sedihnya

Trending Thu, 23 Jan 2020

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya

Events Thu, 21 Dec 2023