Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 17, 2020 @ 2:00pm

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang membatalkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri , hari ini mengumumkan pembatalan UPKK yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober depan akan digantikan dengan kaedah baharu yang lebih bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Keputusan ini adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid terjamin. Pembatalan UPKK tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan pendidikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sejak Tahun Satu hingga Tahun Enam di peringkat rendah.

Sumber: YouTube

“Kemenjadian murid dalam pendidikan Kafa boleh dinilai dengan berbagai kaedah, justeru bagi tujuan ini, JAKIM akan menetapkan satu kaedah pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis itu,” katanya pada sidang media khas menerusi Facebooknya, tengah hari tadi.

UPKK ialah peperiksaan kendalian JAKIM yang diselaraskan di seluruh negara untuk murid Tahun Lima atau Enam di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA.

Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid dalam pengajian al-Quran, Ulum Syariah – Akidah dan Ibadah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran.

Foto: Yadim

Selain itu, Dr Zulkifli berkata, JAKIM turut bersetuju pembukaan sesi persekolahan KAFA di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM.

“Sesi persekolahan KAFA akan mengikut ketetapan KPM. Semoga maklumat yang diperoleh hari ini akan melegakan perasaan ibu bapa terutama kepada anak-anak mereka yang terbabit dalam peperiksaan UPKK tahun ini,” katanya.

Kelmarin, KPM menyarankan semua Majlis Agama Negeri membatalkan UPKK selaras dengan keputusan kementerian berkenaan membatalkan UPSR dan PT3, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ditunda kepada suku pertama 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023

Serik Kena Tipu, Andi Bernadee Pilih Kawan – “Bulan Demi Bulan, Baru Nampak Perangai Sebenar”

Makin meningkat usia, makin kecil circle kita kan.. Quality over quantity gitu

Featured Fri, 23 Nov 2018

3 Cara Untuk Menggayakan Skinny Jeans Macam Cindy Crawford

Kalau nak nampak menarik, ikuti tips ini.

Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Aidil akui cemburu Fasha berlakon adegan panas dengan aktor lain, namun dia gembira diberi peluang untuk berlakon bersama isteri tersayang 🥰

Acara Thu, 13 Jun 2019
error: Content is protected !!