Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 17, 2020 @ 4:00pm

Polis kenal pasti pasangan suami-isteri ‘angkuh’ lolos sekatan jalan raya PKP

Keangkuhan sepasang suami isteri yang berkongsi tip kepada pengguna media sosial bagaimana mereka berjaya memperdaya pihak berkuasa sekali gus memboloskan diri daripada sekatan jalan raya yang tular semalam, nampaknya bakal berakhir dengan episod duka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menerusi sidang media sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebentar tadi, memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sudah mengenal pasti pasangan berkenaan dan tindakan akan diambil segera.

“Semalam kita lihat tular di media sosial, seorang lelaki dan juga keluarganya berkongsi mereka sudah balik ke Kuala Lumpur dan memberikan panduan kepada orang ramai bagaimana hendak mengelak sekatan jalan raya dan menipu polis.

“Saya nak beri ingatan kepada semua, jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain supaya mengikut tindak-tanduk mereka untuk melakukan kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil terhadap mereka.

“Tiada siapapun pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang atau daripada tindakan polis jika mereka melakukan kesalahan, lebih-Lebih mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka ingkar pada arahan atau peraturan ditetapkan di bawah PKP,” katanya.

Tambah beliau lagi, mereka yang melanggar peraturan PKP akan didakwa di bawah Akta 342, Peraturan 3(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama.

Menerusi Facebook Warga Kuantan Official, admin akaun berkenaan telah berkongsi dua hantaran pasangan suami isteri yang sanggup menipu dan menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan oleh majikan.

Melalui hantaran pertama, seorang lelaki memberitahu bahawa dia sudah selamat sampai ke Kuala Lumpur bersama isteri dan anak-anaknya. Lelaki tersebut memberi tip bagaimana dia memperdaya pihak berkuasa dengan memberikan alasan dia hendak membawa anaknya pergi hospital.

Seorang lagi individu memuat naik kapsyen dia bersyukur kerana isterinya bertugas sebagai barisan hadapan, malah disebabkan alasan itu juga membolehkannya lolos dari sekatan jalan raya.

Foto: Warga Kuantan Official

Pada sidang media yang sama, Ismail Sabri, turut mengemas kini jumlah individu yang ditahan sehingga semalam kerana ingkar peraturan PKP adalah seramai 1,057, manakala 622 lagi dituduh di mahkamah atas kesalahan yang sama.

Jumlah tangkapan keseluruhan ingkar PKP sehingga semalam adalah sebanyak 12,074 individu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Featured Tue, 30 May 2023

“Model Paling Hodoh Di Muka Bumi!” – Diva AA Kutuk Baju Toto Aina Abdul, Pereka Fesyen Tampil Beri Penjelasan

Ni lah namanya kreativit, at least orang dah boleh faham konsep baju Aina😎

Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Thu, 1 Dec 2022
Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

error: Content is protected !!