Featured By: Ad Ops April 17, 2020 @ 7:21pm

Fazura hamil empat bulan, kongsi tiada alahan mengandung

Setelah dua tahun melayari bahtera perkahwinan, aktres jelita, Nur Fazura Sharifudin melahirkan rasa syukur apabila dirinya kini hamil empat bulan.

Berita gembira berkenaan dikongsi isteri kepada pelakon Fattah Amin itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

“Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, Alhamdulillah.

“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,”tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. ????????❤️✨???????? @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Perkongsian yang mendapat lebih 270,000 tanda suka sejak dikongsi tiga jam lalu itu turut dikongsi di Instagram milik suaminya. Menerusi hantaran berkenaan, pasangan sama cantik sama padan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan perhubungan mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang, Insya-Allah.

“Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi daripada hati kami berdua,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi perkongsian eksklusifnya kepada BH Online, Fazura berkata dia tidak mengalami sebarang alahan seperti kebiasaan ibu mengandung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Those days of dolling up at work. Home now, always at home, keep staying at home. ????????????

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Sejak disahkan berbadan dua, belum pernah lagi saya mengalami alahan teruk atau muntah-muntah pada waktu pagi seperti kelazimannya. Cuma ada rasa penat sedikit.

“Saya bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan urusan saya. Mujur juga tiada alahan, kalau tidak, mesti ramai yang boleh hidu berita kehamilan saya ini.

“Walaupun tanpa alahan, rasa mengidam itu tetap ada dan boleh dikatakan sepanjang masa. Sebelum ini, saya tak suka masakan pedas tapi sejak mengandung, saya jadi suka pula,” katanya yang melakukan tiga kali ujian kehamilan sebelum benar-benar yakin dirinya hamil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

my best friend, my superman. I love you everyday. #hubsbaby ❤️ sending love and happiness to everyone xxx

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Fazura,36, dan Fattah,30, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Tahniah Hijab & Heels ucapkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 10 Jul 2018

Jika Anda Buat Perkara Ini Ketika Melancong, Memang Sah Anda Seorang Rakyat Malaysia

Tengok sama ada anda lakukan atau tak perkara-perkara ini.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Thu, 2 Mar 2023
Drama Thu, 17 Nov 2022
Trending Thu, 5 Sep 2019
Trending Thu, 4 Nov 2021

Hazman Al-Idrus Kembali Dengan Aura

Penyanyi dan pelakon Hazman Al-Idrus melancarkan single terbaharu berjudul Aura sebagai ‘comeback’ dan juga hadiah buat peminat yang setia menantinya kembali aktif ke dunia nyanyian. Lagu Aura yang berentak rock ini adalah seratus peratus hasil […]

Contest Tue, 6 Sep 2022