Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 20, 2020 @ 5:00pm

COVID-19: Sebelum beli topeng muka, apa kata periksa akaun penjual di portal Semak Semula

Barang ‘panas’ topeng muka yang mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia semenjak penularan wabak COVID-19, dijadikan sindiket terbaharu bagi memperdaya pengguna.

Malaysia antara negara yang tidak terkecuali, apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pelbagai laporan daripada pengguna (pembeli) yang diperdaya sindiket jualan topeng muka dalam talian dengan jumlah kerugian sehingga RM4.2 juta.

Foto hiasan: Soya Cincau

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata masyarakat perlu membuat semakan akaun bank terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi pembelian.

“Saya dimaklumkan pihak PDRM, bahawa terdapat banyak kes membabitkan kes penipuan topeng muka kerana ketika ini topeng muka menjadi seolah-olah satu keperluan.

Foto: Medium

“Pembeli perlulah membuat semakan akaun bank penjual terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran, menerusi portal Semak Semula, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau status penjualan dalam talian menerusi www.biztrust.ssm.com.my

“Jadi tolong jangan mudah percaya pada tawaran murah topeng muka dan peralatan yang lainnya. Periksa dulu dengan portal Semak Semula dan laman web yang disebut tadi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Foto: Bernama

PDRM akan mengambil tindakan tegas dan memantau kegiatan modus operandi peniaga yang dilakukan dilakukan secara dalam talian dan bersemuka (jualan secara langsung).

Dalam perkembangan lain, beliau turut meyakinkan bahawa bekalan makanan harian terutama beras dan barang keperluan asas termasuk sayur ketika ini lebih daripada mencukupi.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak bimbang akan bekalan makanan dan keperluan harian terutama pada sambutan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) juga sentiasa memantau bekalan makanan harian, terutama beras dan barangan keperluan asas lain di seluruh negara.

“Stok semasa beras mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan, malah lebih daripada mencukupi. MOA juga memberi jaminan barang makanan basah seperti sayur-sayuran lebih daripada mencukupi,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 May 2020
familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

familuv Tue, 13 Nov 2018
Featured Sun, 14 Oct 2018

Bahaya Jika Anda Tertelan Air Kencing Dalam Kolam Renang

Air kolam yang bercampur dengan air kencing mudah diserang bakteria!

Featured Tue, 13 Sep 2022
error: Content is protected !!