Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 28, 2020 @ 11:24am

Cakoi gebu dan menjadi, peminat minta Siti Nurhaliza buka tempahan cakoi

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian peminatnya apabila berkongsi video beliau membuat cakoi untuk hidangan berbuka puasa.

Menerusi video yang dikongsi di YouTube Siti Official Video, Siti yang pertama kali membuat sendiri cakoi berasa teruja kerana cakoi yang dihasilkan memang gebu dan menjadi.

Pelantun lagu Anta Permana itu turut berkongsi pengalamannya menjual kuih di kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang ketika zaman kanak-kanak.

Siti Nurhaliza masak resipi sedap

Kredit gambar: Instagram Siti Nurhaliza

Menurutnya, kemahiran membuat cakoi diperoleh apabila dia selalu melihat gerai cakoi di hadapan gerai kuihnya menguli dan menggoreng cakoi sehingga boleh hafal apabila melihat caranya setiap hari.

Dalam video berdurasi enam minit itu, Siti turut berkongsi resipi sambal pencicah untuk cakoi. Jika kebiasaannya cakoi dimakan dengan sos manis pandan, namun Siti membuat sos pedas mengikut cita rasanya.

Paling menarik, ramai peminat yang meminta Siti membuka tempahan untuk cakoi, namun Siti menerusi kapsyen di Instagram miliknya memberitahu tidak membuka tempahan kerana tidak mahu bersilat di dapur.

Jom lihat resipi cakoi dan video yang dikongsi oleh Siti.

Bahan untuk cakoi:

300 gram tepung gandum
2 sudu makan gula
Setengah paket yis
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1 gelas air
Setengah gelas minyak
Sebiji telur

Bahan untuk sambal pencicah:

3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Gula
Garam
Cuka

Cara penyediaan:

1. Gaul sekata tepung, gula, yis dan dan baking powder.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan untuk membuat adunan tepung.

3. Kemudian masukkan telur, minyak sedikit demi sedikit dan gaul sekata sehingga adunan tidak melekat di tangan dan menjadi doh.

4. Uli adunan tepung dengan ketebalan sederhana dan potong seperti dalam video.

5. Kemudian letakkan air pada bahagian tengah untuk mencantumkan dua potongan doh.

6. Tarik hujung doh untuk bagi panjang sebelum digoreng.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah..cantikkk!! menjadi !! untuk pertama kali buat.. bangga sat kak kiah oi!!

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

7. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dalam api sederhana panas sehingga kembang dan kuning keemasan.

8. Bagi sos pula, tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. Dah siap!

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Dec 2021
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Tue, 19 May 2026
Featured Wed, 16 Aug 2023
Eat Travel Tue, 9 Oct 2018

7 Aplikasi Mudah Alih Yang Berguna Untuk Pelancong Muslimah Solo

Bila berseorangan, kena hati-hati jadi aplikasi ini pasti akan memudahkan kerja.

Eat Travel Thu, 17 Jan 2019
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

error: Content is protected !!