Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie April 29, 2020 @ 10:00pm

Pelajar di zon utara dan Sarawak pulang ke kampung hari ini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memulakan pergerakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan pelajar yang pulang ke zon yang sama bermula dengan dua zon iaitu zon utara dan zon Sarawak.

Di zon utara, seramai 653 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) akan dihantar pulang ke kampung masing-masing, hari ini dan esok, manakala 280 lagi pelajar di zon Sarawak.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini. Foto: NSTP/Faisal Jaafar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kerajaan menyediakan sebanyak 44 bas untuk menghantar kesemua pelajar daripada IPT di zon utara yang pulang ke kampung masing-masing di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Pelajar di Universiti Teknologi MARA, Universiti Utara Malaysia, politeknik dan IPTS di Zon Utara akan bertolak pada jam 2 petang, manakala penuntut dari Universiti Sains Malaysia pula pada jam 9 malam.

“Zon Sarawak yang membabitkan 42 pelajar dibahagikan kepada dua pergerakan iaitu hari ini dan esok menggunakan dua bas serta sebuah van bermula jam 9 pagi tadi,”katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya, hari ini.

Pelajar dipastikan sampai ketika siang hari di destinasi yang ditetapkan bagi memudahkan semua pihak – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aizuddin Saad.

Berbeza dengan pergerakan pertama dari zon tengah kelmarin, pergerakan hari ini dilakukan lebih awal bagi memudahkan ahli keluarga untuk mengambil pelajar di balai polis dan dijangka tiba sebelum waktu berbuka kerana membabitkan jarak yang tidak begitu jauh

Bagaimanapun, pelajar yang tidak mempunyai wakil keluarga untuk mengambil mereka akan dihantar pihak berkuasa.

Pelajar IPTA Zon Utara bergerak pulang bermula hari ini dan esok – gambar hiasan. Foto: NSTP/Aizuddin Saad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pelajar daripada lima IPT di zon Utara yang dihantar pulang ke zon tengah malam tadi telah selamat sampai ke rumah masing-masing dan tiada isu yang timbul mengenai penghantaran pulang berkenaan.

“Kita sudah menyusun masa supaya pelajar yang dihantar pulang tiba pada siang hari bagi memudahkan urusan ibu bapa mengambil mereka dan tidak menyukarkan pihak berkuasa untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023
Featured Sat, 3 Sep 2022
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Tue, 6 Sep 2022

“Individu Mirip Pelakon Cilik On*ni Bukan Anak Saya!” – Bapa Adam Mika Buat Laporan Polis

Itu penjelasan bapa kepada pelakon cilik yang didakwa melakukan perkara tidak senonoh😱

Featured Wed, 9 Nov 2022

Pernah Dihina Hidup Susah, Madammu Jadi Inspirasi Warganet Untuk Berjaya – “Dia Ni Anak Terbiar!”

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu tular di media sosial kerana berkongsi kisah perjalanan hidupnya ketika susah dahulu. Madammu memberitahu tidak mudah untuk dia mencapai kejayaan sehingga berada di tahap yang sebegini […]

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Thu, 18 Aug 2022

“Wow, Sesuai Sangat Ni!” – Nak Jadi Anak Mahsuri, Izara Aishah Idam Berlakon Dengan Maya Karin

Uishhh, mantap ni kalau Izara Aishah bergabung dengan Maya Karin! Lovee aktres hebat hebat ni

error: Content is protected !!