Featured By: Fadzlena Jafar May 8, 2020 @ 3:33pm

Rawatan muka puntianak ungguli carta rawatan muka paling pelik di dunia

Antara rawatan muka yang hangat diperkatakan di Barat ketika ini tentunya rawatan menggunakan darah. Jangan terkejut kerana jika rawatan itu berkesan untuk membuang kedutan pada wajah, tentu sesiapa sahaja sanggup melakukannya.

Hakikatnya mempunyai wajah yang licin sempurna tanpa garis halus menghiasi wajah sememangnya idaman setiap wanita sehingga ada yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk kelihatan muda termasuk mengeluarkan ribuan ringgit bagi mendapatkan rawatan sebegitu.

Tidak hairanlah apabila ada yang sanggup mengorbankan darah sendiri untuk diproses sebelum disuntik kembali ke kulit wajah. Rawatan yang dinamakan rawatan muka puntianak (vampire facial) itu kian popular di seluruh dunia terutama dalam kalangan selebriti Hollywood, malah Kim Kardashian antara yang pernah melakukannya.

Khabarnya, rawatan muka puntianak itu kini sudah ada di Malaysia, namun hanya popular dalam kalangan kumpulan tertentu berikutan harganya yang agak mahal.

Selain rawatan muka puntianak, ada banyak lagi rawatan muka yang pelik dan menakutkan, tetapi tetap popular berikutan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Menurut Harper’s Bazaar Arabia, ada pakar kecantikan yang mengakui rawatan terbabit popular kerana keberkesanannya, tetapi mungkin juga keinginan yang keterlaluan untuk kekal muda menjadikan wanita sanggup melakukan apa sahaja yang ditawarkan pusat rawatan kecantikan.

Berikut disenaraikan 6 rawatan kecantikan pelik dan menakutkan yang kian popular di seluruh dunia:

1. Rawatan muka puntianak (Vampire facial)

Rawatan muka pontianak menggunkan plasma darah yang disuntik ke dalam kulit wajah. (Gambar hiasan/Sumber Women’s Health)

Rawatan ini tidak membabitkan acara meminum darah, sebaliknya darah pengguna akan diambil sebelum diasingkan dalam mesin pengempar.

Plasma yang kaya dengan platlet kemudian diambil untuk disuntik ke dalam kulit wajah menggunakan jarum suntikan halus bagi menyembuhkan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Begitu pun, wajah akan tampak menakutkan untuk beberapa hari sebelum kembali normal dan paling penting, licin bak telur dikupas.

2. Rawatan muka api (Fire facial)

Tampak merbahaya, tetapi rawatan menggunakan api ini dikatakan mengurangkan kedutan pada wajah. (Gambar hiasan/Sumber Tecnabob)

Rawatan yang pelik ini amat popular di Jepun dan pantas mencipta nama di negara sekitarnya. Bukan sahaja menyegarkan kulit, tetapi juga dikatakan mampu menghilangkan kedutan.

Rawatan yang juga dikenali dengan nama Huǒ liáo itu menggunakan tuala yang direndam dalam larutan alkohol dan diletakkan di atas wajah atau bahagian tertentu tubuh anda sebelum api dicucuh di atasnya.

3. Rawatan muka bisa lebah (Bee venom facial)

Bisa lebah akan dibuat pupur sebelum disapu pada kulit wajah (Gambar hiasan/Sumber The Beauty Issue)

Bisa lebah antara pupur muka menggunakan bahan semula jadi yang kian popular. Kandungan peptida seperti melittin dan apamin mampu meningkatkan pengaliran darah, selain merangsang penghasilan kolagen dan elastin.

Kajian ke atas tikus mendapati partikel nano yang mengandungi mellitin juga mampu membunuh sel yang dijangkiti HIV tanpa menjejaskan sel normal!

4. Rawatan muka urin (Urine facial)

Air kencing dititiskan pada kulit wajah. (Gambar hiasan/Sumber Guest of a Guest)

Dalam sejarah, air kencing manusia sejak dulu lagi digunakan bagi tujuan kecantikan dan perubatan. Misalnya, masyarakat purba Rom menggunakan air kencing dalam rawatan pemutihan gigi.

Rawatan muka urin itu dikatakan mampu mengembalikan keremajaan kulit dan merawat luka sama ada diambil dalam bentuk minuman atau disapu dan diurut pada kulit.

5. Rawatan muka tahi burung (Bird poop facial)

Ramai yang tidak sanggup menggunakan pupur muka yang dibuat daripada tahi burung. (Gambar hiasan/Sumber Oye! Times)

Rawatan menggunakan tahi burung bulbul (nightingale) yang dicampur dengan bran beras (serbuk halus yang melitupi beras) itu juga dikenali sebagai rawatan muka Geisha dan amat popular di Jepun.

Pengguna hanya perlu membayar RM864.90 (USD200) untuk mendapatkan rawatan ini yang dikatakan mampu menjadikan kulit wajah lebih mulus dan sempurna menerusi kaedah pengelupasan.

6. Rawatan muka siput (Snail facial)

Lendir daripada siput dikatakan mempunyai pelbagai khasiat baik untuk kulit. (Gambar hiasan/Sumber Female)

Jika anda inginkan rawatan muka yang tidak menjejaskan nyawa, mungkin boleh mencuba rawatan muka menggunakan siput hidup daripada ladang organik yang popular di Clinical Salon Tokyo.

Rawatan yang digelar Celebrity Escargot Course itu bermula dengan wajah dicuci bersih sebelum siput hidup diletakkan dan dibiarkan bergerak ke seluruh kulit wajah. Siput berkenaan akan merembes asid hialuronik, antioksidan dan protein pada kulit, sekali gus menjadikan kulit lebih lembap dan cantik berkilauan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jan 2018

8 Makanan Zero Kalori Untuk Diet

Pernah dengar tentang makanan zero kalori? Jika anda seorang diet junkie, pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan zero kalori. Sebenarnya makanan zero kalori ini bukanlah tidak mengandungi kalori sama sekali, tetapi makanan itu mengandungi […]

Featured Mon, 28 Aug 2023
Featured Mon, 4 Dec 2023

“Kalau Korang Maki Melayu, Siapa Lagi Nak Sokong!”- Amir Ahnaf

Betul tu! Kalau asyik nak kondem sampai ke sudah tak jadi apa 🔥

Featured Tue, 9 Feb 2021
Featured Sat, 27 Feb 2021

KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020. Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah […]

Oh Lawa Sat, 16 Jun 2018

Aksesori ALDO Boleh Lengkapkan Penampilan Aidilfitri Anda

Belum sempat untuk membeli aksesori Raya anda? Singgah saja di kedai ALDO!

Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Featured Sat, 16 Apr 2022

Impian Rayi Putra Lancar Single Baru ‘MATAMATA’ Berkonsep Menari Tercapai!

Selepas menyanyi dan rap, penyanyi kelahiran Indonesia ini nak cuba menari pula! Fuhhhh

Featured Mon, 8 Nov 2021

8 Orang Terbunuh Dalam Insiden Rempuh Konsert Travis Scott

Seramai lapan orang, termasuk dua remaja disahkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert penyanyi rap Travis Scott, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Texas, Houston, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu. Menurut laman berita E! News, […]