Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar May 15, 2020 @ 8:25pm

Sistem e-COVID dapati jumlah saringan dilakukan KKM 2 kali ganda daripada jumlah dilaporkan

Sistem e-COVID yang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengumpul data dari lapangan menunjukkan Malaysia sudah melakukan saringan ke atas 424,306 individu, bukannya 297,342 saringan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Jumlah berkenaan menjadikan Malaysia antara negara ASEAN yang paling banyak melakukan saringan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sistem e-COVID itu dapat memastikan pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat, berbanding sebelum ini apabila pengumpulan data dilakukan secara manual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Pada 14 Mei 2020, KKM melaporkan sebanyak 297,342 individu sudah menjalani ujian COVID-19, di mana 6,819 daripada jumlah itu disaring positif, iaitu kadar positif adalah sebanyak 2.29 peratus.

“Bagaimanapun, dengan penggunaan sistem pengumpulan data yang lebih baik ini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 15 Mei 2020 jam 12 tengah hari, KKM sebenarnya telah menyaring sebanyak 424,306 individu, di mana seramai 6,855 orang positif COVID-19 dan 417,451 orang adalah negatif.

“Ini menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62 peratus, manakala bilangan individu yang disaring adalah sebanyak 13 orang bagi setiap 1,000 orang populasi,” katanya pada pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

 

Proses ujian saringan dan makmal serta fasiliti pesakit Covid 19 di PPUM. (Gambar hiasan/ NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Sistem e-COVID yang dibangunkan dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu adalah sebahagian daripada inisiatif KKM dalam usaha pemurnian data-data berkaitan COVID-19.

Sebelum e-COVID diperkenalkan, pengumpulan data dari lapangan di seluruh negara dilakukan secara manual menyebabkan sukar untuk menghasilkan data yang tepat pada masa yang pendek.

Dr Noor HIsham berkata, selain e-COVID, KKM juga sudah mempertingkatkan sistem data makmal dari kesemua makmal COVID-19 menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).

“Penyeragaman sistem data makmal menggunakan SIMKA membabitkan kesemua makmal COVID-19 iaitu makmal-makmal KKM; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTi), universiti; hospital angkatan tentera dan juga makmal swasta.

“Sistem ini dibangunkan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan mula digunakan oleh kesemua makmal COVID-19 mulai pertengahan April 2020,” katanya.

Saringan dilakukan dengan ujian pensampelan sebelum dihantar ke makmal. (Gambar hiasan/NSTP)

Sementara itu, terdapat 88 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 5,439 kes  atau 79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

KKM juga melaporkan terdapat 36 kes baharu positif COVID-19 yang dikesan setakat jam 12 tengah hari tadi, yang mana 28 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,304 kes.

Sehingga kini, seramai 14 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut melaporkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19, justeru jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 112 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Doktor Ini Kongsikan Cara Betul Untuk Sejuk Beku & Nyah Beku Bahan Mentah

Ais pada bahan mentah yang tidak cair dengan sepenuhnya akan menyebabkan bakteria membiak.

familuv Tue, 25 Dec 2018
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Featured Wed, 28 Sep 2022

Tular Video Selawat Bersama Farhatul Fairuzah: “Banyak Lagi Kena Belajar Ni” – Siti Nurhaliza

Ya Allah, merdunya Siti Nurhaliza dengan Ustazah Farhatul berselawat 🥰🥰 Banyak kali min repeat 🤩

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Hidup Bukan Tentang Berapa Kali Jatuh Tapi Bangkit Dengan Lebih Kuat” – Dr. Fie Tawfek

Penyanyi Nubhan, Dr. Fie menitipkan pesanan penuh makna mengenai kekuatan diri serta ketabahan menghadapi ujian kehidupan.

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Kalau Aku Kat Tempat Dia, Aku Dah Menangis…” – Mangsa Kemalangan Santai Bergambar Biarpun Myvi Terbalik

Seorang pemuda yang mengalami kemalangan raya masih tersenyum dan sempat merakam gambar kenangan bersama kenderaannya yang terbalik. Menerusi perkongsian di akaun TikTok @syadad10, kejadian didakwa berlaku di selekoh tajam berhampiran dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), […]

Featured Wed, 14 Sep 2022
Featured Sat, 1 Mar 2025

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Featured Fri, 21 Nov 2025

Netizen Seloroh Minta Sharnaaz Ahmad Selaku Presiden Duda Malaya Serap Kamal Adli Jadi ‘Ahli Baru’, Ini Respons Empunya Badan – “Belum Official Lagi”

Peminat berseloroh meminta Sharnaaz selaku Presiden Duda Malaya supaya ‘mengambil’ Kamal sebagai ahli baharu dalam ‘kumpulan’.

error: Content is protected !!