Featured By: Salma Syahbuddin May 7, 2024 @ 4:15pm

“Asal Raya Mengandung, Asal Mengandung Je Raya”- Che Ta ‘Bongkar Rahsia’ Ayu Raudhah Kini Hamil Anak Ke-7

Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta mencuri perhatian selepas berkongsi berita gembira apabila memaklumkan, adiknya yang juga pelakon, Ayu Raudhah kini sarat hamil anak ke-7.

Menerusi perkongsian di platform TikTok milik pempengaruh, Rosix Omar, Che Ta bersama adiknya iaitu, Datin Jaja Che Wan, kelihatan sempat mengusik Ayu.

“Asal raya je mengandung, asal mengandung je raya. Dia nak masuk tujuh anak dah,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan,  rata-rata warganet meluahkan rasa teruja terhadap berita gembira tersebut.

Malah, peminat sempat menitipkan doa agar isteri kepada bekas pemain bola sepak popular, Zaquan Adha itu dipermudahkan urusan bersalin kelak.

“Ya Allah, Ayu Raudhah mengandung lagi? Tabahnya besarkan anak ramai. Bagus dia ni, boleh bagi motivasi pada para ibu.

“Aku rasa macam baru tengok Ayu bersalin. Eh! ni ada isi lagi.

“Murahnya rezeki Ayu dengan Zaquan Adha ni. Muda lagi anak dah ramai.

“Rezeki anak sungguh. Ya Allah, teruja betul tengok orang beranak ramai ni,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 50 saat itu telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 50,000 tand asuka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra