Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 20, 2020 @ 7:06pm

Caj kuarantin 50 peratus dikenakan kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Tiada lagi penginapan percuma bagi rakyat Malaysia di luar negara yang ingin pulang ke tanah air mulai 1 Jun 2020.

Penginapan itu membabitkan arahan kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan Kerajaan sebaik tiba di semua pintu masuk antarabangsa Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKPB, di Putrajaya, hari ini.Foto: Harry Salzman

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata caj berkenaan yang berkuakuasa mulai 1 Jun 2020 membabitkan semua rakyat yang ingin memasuki negara ini.

“Keputusan itu diambil Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki pintu masuk negara bermula 1 Jun.

“Bagi warganegara yang pulang, mereka akan dikuarantin wajib dan perlu membayar sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel iaitu separuh daripada RM150 yang dikenakan, manakala bukan warganegara tetapi permastautin tetap akan dikenakan bayaran100 peratus,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKPB, di Putrajaya, hari ini.

Bagi warganegara yang pulang dan dikuarantin wajib, mereka perlu membayar sebanyak 50 peratus daripada kadar penuh bayaran hotel – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Sejak 2 April lalu, seramai 38,371 rakyat yang pulang dari luar negara sudah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari dan sebanyak 30,200 individu selesai menjalani kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sehingga pagi ini sebanyak 259 pusat kuarantin sudah beroperasi berbanding 256 pada hari sebelumnya dengan 17,449 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Sebelum ini, Kerajaan menanggung 100 peratus kos penginapan dan makanan sepanjang perintah wajib kuarantin 14 hari, namun didapati ada rakyat yang tidak bertanggungjawab termasuk merosakkan kemudahan disediakan di pusat kuarantin disediakan.

Dengan pelaksanaan arahan baharu itu, Kerajaan hanya akan menanggung separuh daripada bayaran yang ditetapkan untuk proses kuarantin wajib itu bagi warganegara Malaysia.

Hotel turut dijadikan pusat kuarantin untuk rakyat yang baharu pulang dari luar negara – gambar hiasan. Foto: NSTP/Asyraf Hamzah.

Ismail Sabri berkata, bagi tujuan itu semua warganegara atau permaustatin tetap yang bercadang untuk pulang ke Malaysia perlu menandatangani surat persetujuan untuk pembayaran berkenaan.

“MKN juga membuat keputusan mewajibkan semua warganegara yang ingin pulang ke tanah air menandatangani surat persetujuan pembayaran 50 peratus bagi warganegara dan 100 peratus bagi bukan warganegara.

“Mereka boleh melakukan urusan ini di pejabat kedutaan Malaysia dan kedutaan akan mengeluarkan surat kelulusan untuk pulang ke tanah air.

“Jabatan Imigresen akan mengeluarkan arahan kepada syarikat penerbangan bagi memastikan setiap penumpang perlu mempunyai surat berkenaan sebelum berlepas pulang dan memasuki negara ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Mar 2022
Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Buat Rawatan Spa Ikan, Kuku Kaki Wanita Ini Rapuh Dan Tercabut!

Pergi spa untuk cantik, tapi lain pula jadinya!

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Featured Wed, 9 Oct 2024

Isu Cerai Baim Wong, Paula Verhoeven… Erma Fatima Tampil Backup – “Tak Pelik Jika Zaman Sekarang Isteri Pun Banyak Yang Berlaku Curang”

Hmmm, ada betulnay apa yang kaka erma katakan tu… tapi dalam isu ni min mampu doakan yang terbaik je✌️😎

Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

Featured Wed, 18 Jun 2025

Isteri Selamat Bersalin Anak Lelaki, Fizo Omar Syukur Diberi Peluang Sambut Kelahiran Bayi

Fizo Omar meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak keempat mereka yang juga seorang bayi lelaki.

error: Content is protected !!