Featured By: Fadzlena Jafar May 21, 2020 @ 1:00pm

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Baru-baru ini, tular gambar sebuah rumah kampung di Kelantan yang di luarnya tampak seperti rumah kampung biasa penduduk di Pantai Timur, namun apabila menjengah ke dalam rumahnya, kalah rumah di bandar.

Rumah papan yang sinonim dengan reka bentuk rumah tradisi di Kelantan itu tiada istimewanya jika dilihat pada bahagian luar.

Bagaimanapun, kebijaksanaan penghuninya menghias ruang tamu dengan perabot yang sederhana, tetapi diperindah dengan pelbagai hiasan sampingan menjadikan ruang berkenaan kelihatan moden dan menarik.

Dekorasi yang menyaksikan pertembungan antara moden dan tradisional itu membuatkan kebanyakan warga siber memuji keunikan hiasan ruang tamu berkenaan yang tampak ringkas, tetapi menarik mata memandang.

Penggunaan dua warna sahaja iaitu hijau dan kelabu, tetapi dipelbagaikan dengan rona berbeza menimbulkan suasana tenang dan nyaman.

Meskipun lantainya hanya menggunakan tikar getah berwarna kelabu, corak jalur memanjang menjadikan ruang tampak luas.

Sebagai pelengkap, dinding kayu berwarna hijau diserikan tiang berwarna kuning di segenap ruang dengan hanya satu dinding yang menampilkan corak berbeza di belakang set televisyen, menjadikan ruang ini kelihatan amat teratur.

Perhatian cat dinding yang menarik mata memandang.

Penggunaan langsir yang menjadi satu-satunya elemen bercorak dalam ruang berkenaan membuatkan setiap perabot dan hiasan bagaikan bersatu dengan tema dipilih.

Bagi memastikan perabot bersesuaian dengan tema hiasan, penghuninya menggunakan sofa tiga tempat duduk yang diletakkan sebagai titik tumpu, sekali gus membuatkan hiasannya serba menjadi.

Dua kerusi comel menyerikan ruang.

Pada sisi bersebelahan diletakkan dua kerusi berwarna kelabu yang diserikan meja segi empat berona putih, manakala di setiap sudut diletakkan pokok hiasan berwarna hijau. 

Ditambah meja kopi yang sederhana rekaannya dan dihias dengan set minuman moden menyuntik elemen kedesaan pada ruang berkenaan.

Set minumteh yang sederhana, tetapi menarik.

Apa yang penting, pemilihan perabot yang bercirikan moden dan minamalis menyerlahkan setiap sudut dalam ruang berkenaan. Mungkin hiasan ruang tamu ini boleh memberi ilham untuk anda menghias rumah menjelang Aidilfitri ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Nov 2021

Lagi Budak Lelaki Maut TerJatuh Dari Tingkat 16, Ibu Saudara Ditahan Miliki Rekod Jenayah Lampau

Ya Allah, makin ramai kes kanak-kanak jatuh dari bangunan kan?

Featured Thu, 23 Aug 2018

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur.

Featured Thu, 14 Apr 2022

Hariz Danial Tak Sabar Bekerjasama Dengan Komposer Terkenal – “Peluang Terbaik Untuk Penyanyi BBNU”

Wah, menarik tu. Bukan calang-calang penyanyi boleh buat lagu dengan komposer hebat seperti Sharon Paul

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Featured Wed, 1 Dec 2021

Varian Omicron Semakin Aktif, Peralihan Ke Fasa Endemik Ditangguhkan

Sebelum ini negara sudah bersiap siaga untuk hidup di dalam fasa endemik tetapi susulan dengan penularan varian Omicron, kerajaan terpaksa menangguhkan peralihan ke fasa endemik buat sementara waktu. Ini bagi memberi ruang kepada Kementerian Kesihatan […]