Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Fadzlena Jafar May 26, 2020 @ 11:00am

Resipi soto Johor dihidang dengan bergedil dan sambal kicap berapi

Ketupat dan rendang hidangan wajib pada 1 Syawal, namun selepas Hari Raya pertama, lazimnya ramai menghidangkan juadah ringkas, tetapi mengenyangkan.

Meskipun sekadar meraikan Aidilfitri dengan keluarga di rumah, tidak salah untuk mencipta suasana perayaan supaya anak-anak tidak begitu terasa apabila tidak berpeluang pulang ke kampung.

Antara hidangan mudah yang boleh disediakan ialah soto Johor yang enak tetapi paling penting mengenyangkan.

Lagipun hidangan ini boleh dinikmati sama ada dengan nasi himpit yang mungkin masih berbaki dari hari pertama Aidilfitri, ataupun dihidangkan dengan mi atau bihun.

Hidangan ini juga sesuai jika anak-anak masih kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Bagi ahli keluarga yang lebih dewasa dan menggemari masakan pedas, jangan bimbang kerana soto Johor boleh dihidangkan dengan sambal kicap pedas, atau jika ingin lebih pedas boleh cuba resipi kicap pedas berapi.

Hidangan ini juga sesuai untuk dikongsi dengan jiran di sebelah rumah, walaupun tidak boleh berziarah, hantar sahaja di dalam pek plastic atau amalkan tukar juadah dengan jiran-jiran.

Berikut dikongsikan resipi soto Johor lengkap dengan bergedil dan sambal kicap berapi.

Bahan A:

½ ekor ayam
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan B (kisar dalam pengisar):

2 biji bawang besar (atau 7 – 9 biji bawang merah)
5 ulas bawang putih
2 inci halia (berdiameter lebih kurang 1 inci )
½ inci kunyit hidup (berdiameter lebih kurang 1 inci )
1 batang serai (ambil yang mudah dalam 1 inci)

Bahan C (rempah tumis):

3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis (anggaran panjang dalam 2 inci)
3 biji bunga cengkih

Bahan D (rempah, basuh, sangai dan tumbuk/kisar halus ):

3 sudu kecil ketumbar biji
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih (kurus)
1 sudu kecil lada putih

Bahan untuk hiasan:

50 sen tauge, dicelur
Segenggam suun, digoreng
100g kacang tanah, digoreng
Hirisan daun sup (untuk tabur)
Bawang goreng (untuk hiasan dan tabur)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang dikisar (bahan B) sehingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan C apabila bahan B agak kering.
3. Masukkan pula bahan D, tumis seketika sehingga naik bau.
4. Masukkan air
5. Masukkan ayam dan reneh ayam menggunakan api yang kecil selama lebih kurang 1 ½ jam.

Panduan: Anda juga boleh merebus menggunakan api yang besar tetapi ‘manis’ ayam akan hilang. Di samping itu, dengan merebus menggunakan api yang perlahan membenarkan segala rempah meresap ke dalam daging ayam. Ini menambahkan rasa rempah dalam daging ayam tadi.
6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda. Tutup api.

Bahan bergedil:

5 biji kentang

Sedikit daun sup, dipotong kecil

Sedikit bawang goreng

1 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Goreng atau rebus kentang bersama garam sehingga empuk.
  2. Lenyek kentang sehingga halus.
  3. Masukan bawang goreng dan daun sup, gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan bulat kecil.
  5. Pecahkan sebiji telur,celupkan bergedil tadi dan goreng.

Bahan sambal kicap:

Kredit gambar: Sedapfood.com

5-10 tangkai cili padi

5 ulas bawang putih

1 sudu gula pasir

Garam

Kicap manis

Sedikit jus limau

Cara penyediaan:

  1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang putih bersama-sama gula pasir dan garam sehingga halus.
  3. Kemudian tambah kicap manis dan sedikit jus limau.

Kredit gambar: Instagram @resepibersama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

Abby Abadi sifatkan nyanyian Fazura tidaklah sumbang seperti yang didakwa.

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Mon, 1 Aug 2022
Featured Wed, 29 Oct 2025

“Aku Tengah Nak Hadam Maksud Cinta Sejati” – Erma Fatima

Erma Fatima berkongsi pandangan penuh makna mengenai erti sebenar cinta sejati, yang disifatkannya sebagai pinjaman daripada Allah SWT.

Featured Thu, 27 Oct 2022

[VIDEO] “Mirul Bg Tanda SOS Tu” – Mata Berkelip Laju, Gelagat Suami Ain Edruce Cuit Hati Ramai!

Sukanya min tengok pasangan bahagia ni! Terhibur tengok gelagat suami Ain Edruce, laju kelip mata tu.. Minta tolong ke? 🤣

Featured Thu, 27 Oct 2022

Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Sayunya dengar luahan hati penyanyi hebat Ziana Zain untuk anak anak 🥺🥺🥺

Featured Mon, 6 Sep 2021

Selangor Benarkan 10 Waris Hadiri Pengebumian Jenazah COVID-19, Bukan Secara Berkumpulan

Kerajaan Selangor hari ini membenarkan seramai 10 waris memasuki tanah perkuburan dan berada di zon menunggu yang ditetapkan untuk proses pengebumian jenazah COVID-19 bukan secara berkumpulan di tanah perkuburan Islam seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) […]

error: Content is protected !!