Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie May 31, 2020 @ 10:18pm

Malaysia juga ada pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat Kelantan

Pasar terapung di Thailand sering menjadi tumpuan rakyat asing apabila melancong ke negara Gajah Putih itu, termasuklah rakyat Malaysia yang bercuti ke sana semata-mata hendak melihat sendiri pasar berkenaan.

Walaupun fungsinya sama dengan pasar malam, pasar terapung menjanjikan pengalaman indah kepada pengunjung kerana pelbagai keperluan pengguna dijual dalam perahu yang memberikan suasana cukup unik.

Sama ada benar atau tidak, ia bergantung pada mereka yang pernah mengunjunginya sahaja, namun apa yang pasti pasar yang berlokasi di dalam sungai itu adalah unik.

Peniaga dan pembeli menggunakan galah untuk memudahkan mereka menjalanakan urus niaga ketika air surut. Foto: Nik Abdullah Nik Omar.

Bagi penduduk sekitar jajahan Tumpat di Kelantan, mereka beruntung kerana tidak perlu bersusah payah berkunjung ke Thailand untuk mengunjungi pasar terapung yang banyak diperkatakan orang memandangkan di Tumpat sendiri ada pasar terapung.

Bertempat di Pulau Suri, pasar terapung itu tidaklah sehebat pasar terapung di negara jiran, namun kewujudan pasar berorientasikan penggunaan bot sebagai tapak pernaigaan begitu menarik perhatian.

Beroperasi setiap Sabtu, arena beli-belah yang dinamakan pasar terapung Pulau Suri itu banyak menawarkan hasil laut seperti ikan, udang, sotong, lokan dan kepah yang boleh didapati pada harga yang amat berpatutan.

Ada pelbagai jenis makanan tempatan ditawarkan peniaga. Foto: NSTP.

Cuma yang membezakan urus niaga di situ adalah kebanyakan peniaga berada di dalam bot, manakala pembeli pula berada di daratan

Bagaimanapun, untuk sampai ke pasar terapung Pulau Suri, anda perlu menaiki bot dan apabila tiba di lokasi, pasti kagum kerana Pulau Suri selain menjadi tumpuan peniaga, turut tersedia pemandangan yang agak menarik untuk dinikmati.

Selain pasar terapung di Pulau Suri, satu lagi lokasi pasar terapung yang tidak wajar diabaikan ialah pasar terapung Pengkalan Datu yang terletak di Pengkalan Chepa..

Kebanyakan peniaga di pasar terapung adalah golongan wanita. Foto: NSTP.

Kedua-dua pasar terapung itu hanya beroperasi pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Oleh itu bagi anda yang mungkin sedang merancang untuk bercuti di Kelantan apabila tiba masa kelak, jangan lupa masukkan lokasi pasar terapung Pulau Suri ini sebagai destinasi yang perlu dikunjungi.

Kedua-dua pasar terapung itu hanya beroperasi  pada hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Oleh itu bagi anda yang mungkin sedang merancang untuk bercuti di Kelantan apabila tiba masa kelak, jangan lupa masukkan lokasi pasar terapung ini sebagai destinasi yang perlu dikunjungi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Sep 2025
Featured Wed, 30 Nov 2022

Konsert ‘Senandung Malam Payung Teduh X Pusakata X Efek Rumah Kaca’ Hadiah Birthday Nabila Huda

Alahai sweetnyerrr Abil dan suami💗 Moga Neptunes Presents terus terbang tinggi!

Featured Thu, 4 Aug 2022
Featured Thu, 4 Sep 2025

Tuduhan Curang, Fattah Amin Saman Pasangan Pempengaruh RM5 Juta

Fattah juga turut menuntut permohonan maaf tidak bersyarat secara bertulis di akaun Threads dan media sosial pasangan tersebut.

Featured Mon, 14 Mar 2022

4 Tahun Menanti, Vanidah Imran Kini Graduan Ijazah Sarjana Seni Persembahan

Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal, Vanidah Imran kerana berjaya menggenggam graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama) di usia 49 Tahun.

Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Featured Tue, 14 Feb 2023

“Pakai Macam Ni Pun Kena…” – Lawat Kawasan Banjir, Young Syefura Kesal Terima Komen Lucah

Orang kalau dah bernafsu, tengok apa pun bernafsu kan.. Minta dijauhkan

error: Content is protected !!