Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar June 12, 2020 @ 10:38am

Hantaran perkahwinan barangan elektrik pasangan muda ini tular dalam media sosial

Antara barangan wajib yang sering dijadikan sebagai hantaran bagi majlis perkahwinan ialah sepersalinan pakaian, kasut, tas tangan, telekung atau samping, produk kecantikan dan aneka pemanis mulut.

Bagaimanapun, pasangan muda Syarfa Abdullah dan suaminya, Mohammad Syazwan Suhaimi mengambil keputusan untuk menyediakan hantaran yang  di luar kebiasaan apabila masing-masing memilih barangan elektrik untuk diletakkan di atas pahar.

Perkongsian Syarfa dalam laman Facebook peribadinya yang memaparkan hantaran unik berkenaan menjadi tular, malah kebanyakan warga siber memberi maklum balas yang baik dan memuji tindakan pasangan muda itu.

Pasangan muda Syarfa dan Syazwan memilih tema kesederhanaan untuk memulakan kehidupan. (Gambar daripada Facebook Syarfa)

Syarfa berkata, idea untuk menyediakan barangan kelengkapan rumah sebagai hantaran perkahwinan itu timbul sebelum mereka melangsungkan majlis pertunangan pada Mac 2019.

“Idea ini datang sebelum kami bertunang lagi. Memang niat untuk menyediakan hantaran barangan keperluan seperti ini, malah kami tidak terfikir untuk membeli barangan lain kerana kami sepakat untuk menyediakan barangan keperluan rumah apabila memulakan kehidupan.

“Barang hantaran seperti baju, beg tangan, haruman, kaca mata dan kasut dan biasa kita beli. Jadi, apabila hendak melangsungkan perkahwinan, kami berdua berpendapat biarlah menyediakan barangan yang boleh dipakai lama dan tidak rosak,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels, baru-baru ini.

Hantaran daripada pengantin perempuan. (Gambar daripada Facebook Syarfa)

Pasangan muda yang kedua-duanya berusia 21 tahun itu melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 14 September 2019 di Guchil 4, Kuala Krai, Kelantan  sebelum majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 16 September 2019 di Kampung Sri Panji di daerah sama.

Pada majlis pernikahan itu, pengantin perempuan menyediakan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Hantaran yang disediakan daripada pihak pengantin perempuan untuk lelaki merangkumi pembersih vakum, barangan Tupperware , periuk nasi elektrik, pengukus , set sudu, ketuhar memasak, kuali dan lesung batu.

Hantaran itu dibalas pihak pengantin lelaki dengan pembancuh kopi, pengisar, seterika, pembakar roti, periuk tingkat lima lapis, pemanas air dan pengadun kek.

Hantaran daripada pihak pengantin lelaki (Gambar daripada Facebook Syarfa)

 

Syarfa berkata, meskipun semua barangan hantaran yang disediakan itu unik, kedua-dua belah keluarga bersetuju dengan cadangan beliau dan suami yang inginkan kelainan.

“Saya dan suami berbincang supaya apa sahaja yang kami lakukan perlu memastikan kelengkapan rumah disediakan terlebih dahulu supaya senang, selepas berkahwin kami basuh kaku sahaja apabila masuk rumah.

“Perbincangan diadakan sebelum kami bertunang dan Alhamdulillah kedua-dua belah keluarga setuju dengan idea hantaran ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 May 2023

Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

“Saya dah lepaskan.. tak nak ingat lagi” – Nourul Depp. Hmm! Harap semuanya baik baik saja 😢

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Fri, 8 Oct 2021
Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Thu, 19 Oct 2023

Bekas Madu Miera Liyana Akhirnya Dapat Hak Penjagaan Sementara 2 Anak

Alhamdulillah. Boleh melepas rindu dengan anak-anak❤️

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

error: Content is protected !!