Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops July 8, 2020 @ 3:46pm

Tidak semestinya kanser, jom ketahui punca lain benjolan pada ketiak

Setiap wanita pasti rasa gelisah setiap kali timbul benjolan atau ketulan pada ketiak. Manakan tidak, risau kerana benjolan berkenaan sering kali dikaitkan dengan tanda-tanda kanser payudara iaitu antara penyakit yang paling digeruni wanita.

Bagaimanapun, tidak semua benjolan pada ketiak adalah kanser. Menurut portal gaya hidup kesihatan Hello Doktor, kewujudan benjolan mungkin berlaku disebabkan jangkitan pada bahagian payudara, lengan atau ketiak itu sendiri, seperti folliculitis iaitu folikel rambut yang dijangkiti.

Jom semak faktor lain yang menjadi punca berlakunya benjolan pada ketiak:

1. Lipoma

Memetik kenyataan di portal Cleveland Clinic, lipoma adalah tisu lemak yang biasanya terdapat pada bahagian bawah kulit dan paling kerap dijumpai pada bahagian bahu, leher dan ketiak.

Lipoma boleh digambarkan sebagai gelembung getah yang terasa seperti boleh bergerak dan jarang terbentuk pada otot dan organ dalaman.

lipoma

Kredit gambar: Medical News Today

Kebanyakan lipoma tidak perlu dirawat kecuali ia menjejaskan kehidupan harian seseorang dan doktor boleh melakukan prosedur untuk mengeluarkannya.

2. Jangkitan

Setiap individu mempunyai kelenjar getah bening pada seluruh badan yang berfungsi untuk menyaring virus dan bakteria. Jika keadaan kesihatan individu itu tidak baik dan terjejas dengan pelbagai penyakit, kelenjar itu mampu membengkak.

Menurut Hello Doktor, ketulan atau benjolan itu mungkin lembut dengan saiz ukuran sebesar kacang. Selain itu, keadaan kesihatan lain yang boleh menjadi penyebabnya ialah Herpes, HIV, Lupus atau artritis reumatoid.

Bagi ibu yang menyusukan bayi, mungkin berisiko terkena jangkitan pada payudara seperti mastitis atau keradangan pada tisu payudara. Mereka yang mengalaminya akan merasai kewujudan benjolan yang boleh menyebabkan rasa bengkak dan sakit.

Jangkitan itu juga akan mengakibatkan kelenjar pada ketiak membengkak. Jika seseorang itu tidak menyusu badan, namun mengalami jangkitan jenis itu, disarankan untuk membuat pemeriksaan doktor.

3. Keradangan kelenjar peluh

Ketiak akan mengeluarkan peluh dan apabila kelenjar yang menghasilkan peluh atau folikel rambut tersumbat, bakteria boleh meresap masuk.

benjolan pada ketiak

Kredit gambar: Dr Pimple Popper

Keadaan itu boleh menyebabkan penghasilan sista yang kemudiannya pecah dan menjangkiti lebih banyak folikel. Rangkaian sista ini mungkin menyebabkan kegatalan, menyakitkan dan mungkin memberi kesan pada kualiti hidup anda.

Andai keadaan tersebut berulang, ia boleh berkembang menjadi keadaan kulit kronik yang dikenali sebagai hidradenitis. Mungkin tiada penawar untuk hidradenitis, tetapi doktor boleh memberikan ubat atau terapi lain seperti prosedur laser bagi menyingkirkan rambut.

4. Penyakit calar kucing

Pasti ramai yang tidak pernah mendengar mengenai penyakit calar kucing. Siapa sangka cakaran daripada kucing juga boleh menyebabkan benjolan pada ketiak.

Menurut portal Medline Plus, kebanyakan kucing boleh membawa bakteria Bartonella henselae, yang merebak melalui calar akibat cakaran. Jika bakteria tersebut meresap ke dalam kulit, ia boleh menyebabkan jangkitan dan akibatnya, kelenjar limfa pada ketiak boleh membengkak.

5. Sista

Cyst atau sista boleh berlaku jika seseorang itu kerap mencukur bulu ketiak. Kerengsaan yang terjadi pada kulit dan folikel rambut boleh menyebabkan berlakunya benjolan dan mungkin akan menyebabkan kesakitan.

benjolan pada ketiak

Kredit gambar: i Stock

Jika berlaku, disarankan berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai seperti suntikan bagi mengurangkan bengkak atau pembedahan untuk mengeluarkan sista.

Kredit sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Dec 2022

Bahang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Semakin Hangat, Jom Undi Finalis Kegemaran Anda!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) semakin dirasai, di mana pihak penganjur, Harian Metro mengumumkan finalis untuk lapan (8) kategori utama yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruhan […]

Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Featured Fri, 15 Jun 2018

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Jangan ambil mudah dengan masalah sakit belakang yang kerap. Ketahuilah puncanya!

Featured Thu, 15 Nov 2018
Sihat Wed, 8 Aug 2018

Tak Suka Minum Susu Dan Makan Ikan Punca Utama Penyakit Riket

Riket adalah gangguan tulang yang selalu berlaku pada kanak-kanak.

Sihat Sun, 27 Jan 2019
error: Content is protected !!