Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin October 28, 2020 @ 10:42am

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Ini mungkin berita baik buat pasangan suami isteri yang terpisah akibat pelaksanaan semula PKPB dikawasan masing-masing kerana mereka dibenarkan memohon kebenaran dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk merentas negeri.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan adalah sama dengan SOP PKPB yang dilaksanakan pada Mei lalu.

Perlu tunjukkan bukti

Mana-mana pasanagn suami isteri yang mahu masuk ke negeri yang dikenakan PKPB perlulah mengemukakan bukti dan maklumkan tujuan sebenar mereka kepada pihak PDRM.

“Mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan memaklumkan mengenai tujuan dan menunjukkan bukti.

“InsyaAllah, polis akan benarkan, untuk lebih maklumat, orang ramai boleh menyemak di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 310 buah kenderaan diarah berpatah balik oleh anggota keselamatan di sekatan jalan raya atas pelbagai alasan pergerakan tanpa kebenaran pihak PDRM.

Untuk mengetahui info terkini mengenai PKPB dan Covid-19, jangan lupa saksikan Buletin Utama TV3, ATAU menerusi Youtube Buletin Utama dan juga LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2024

Aman Aziz Akui Belum Puas ‘Berseronok’, Ibu Pernah Halang Kahwin Di Usia 24 Tahun

Nikmati dulu usia muda okay, insyaAllah ada jodoh nanti

Trending Wed, 8 Jul 2020
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Wed, 11 May 2022
Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Trending Fri, 19 Jun 2020
error: Content is protected !!