Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 28, 2020 @ 6:35pm

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka.

Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia.

Jika rintangan awal berjaya diharungi, bermakna perjalanan seterusnya lebih mudah untuk ditempuhi. Apa yang penting, sabar perlu ada dalam diri untuk mengharungi segala macam cabaran.

Itulah mesej yang ingin disampaikan penyanyi terkenal, Black Hanifah menerusi video muzik (MV) lagu ‘Sabar’ yang telah dilancarkan di saluran YouTube ‘Nova Music Videos

Menurut Black, MV yang menjalani penggambaran selama dua hari itu memaparkan kehidupan sebenar segelintir masyarakat terutama si lelaki berstatus duda dan mempunyai anak yang ingin berkahwin semula.

“MV ini mengisahkan lelaki duda yang ada anak. Dia kemudiannya nak bercinta dengan seorang wanita. Malangnya, wanita itu hanya mahu menerima dirinya tapi tidak anaknya.

“Di depan lelaki itu, wanita itu berpura-pura menyukai anaknya, tapi di belakang bersikap sebaliknya. Sehingga akhirnya, lelaki itu dikecewakan tapi diubati dengan sokongan kasih sayang daripada anaknya.

“Kisah sebegini memang berlaku dalam masyarakat kita. Jadi, saya ingin paparkan yang mana tidak salah seorang duda untuk bercinta dan berkahwin lagi. Tapi, tidak semua melalui pengalaman indah,” katanya.

Berkongsi mengenai penggambaran MV itu, Black berkata ia satu pengalaman baru apabila berlakon dengan pelakon kanak-kanak perempuan yang memerlukan penghayatan dan emosi penuh sesuai dengan melodi lagu ‘Sabar’.

“Sejujurnya, tidak ada masalah untuk buat MV ini. Pelakon wanita dan kanak-kanak membawa watak masing-masing dengan baik. Walaupun saya tak pernah buat babak sebegini dalam MV sebelum ini, tapi ia tidak terlalu mudah dan susah. Cuma, untuk pelakon kanak-kanak mendapatkan ‘mood’ sedih itu yang mengambil sedikit masa.

“Bagi saya, keunikan MV ini adalah dari segi nyanyian lagu ini. Apa saya rasa, dilontarkan sepenuhnya dalam lagu ini. Jadi, dalam MV ini pun ia meluahkan isi hati yang dirasai. Bagi mereka yang jenis ‘family man’, pasti lebih merasai MV ini,” katanya.

Mengenai lagu ‘Sabar’, ia berentak balada Melayu yang juga ciptaan sepenuhnya Black mengembalikan identiti muzik asal dirinya.

Apa yang menarik, lagu itu sudah disimpan sejak empat tahun lalu dan baru tahun ini Black mempunyai keyakinan untuk melancarkannya sekali gus mengembalikan kegemilangan kerjaya nyanyiannya.

“Apa yang boleh saya katakan lagu Sabar ini sangat lain dari lagu-lagu yang dihasilkan beberapa tahun sebelum ini. Ia lagu balada yang memang kena dengan jiwa saya. Kalau nyanyi pun memang ‘feel’ sepenuhnya.

“Dalam erti kata lain, lagu ini sebenarnya mengembalikan zaman awal saya dulu. Kiranya kalau orang dengar lagu ini, orang sudah tahu ini adalah muzik dan identiti saya. Sewaktu proses rakaman pun semuanya mudah dan cepat saja sebab saya sudah faham melodi, lenggok dan lirik,” katanya.

‘Sabar’ terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer pada 24 Julai lalu.

Jom tonton muzik video di bawah:

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Jul 2021

Harry Khalifah Bersama 4 Artis Beri Bantu Kepada Golongan Memerlukan

Penyanyi dan komposer, Harry Khalifah bersama Ezad Lazim, Floor 88, Syafiq Farhain dan Danial Zaini mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Mereka menubuhkan Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia (PGMM) untuk membantu mereka […]

Featured Mon, 5 Dec 2022

[VIDEO] Disyaki Jarang Masak Gara-Gara Dapur Sentiasa Bersih, Siti Elizad Kongsi Bukti Suami Rajin Mengemas – “Peneman Hidup, Walaupun..”

Bahagianya seorang wanita bila dapat suami yang rajin membantu. Isteri penat memasak, suami tolong kemas. Loveeee couple ni! ☺️☺️

Featured Fri, 9 Jun 2023

“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

‘Kalau Bekerja ok, saya akan ok dengan mereka’ – Puteri Balqis

Trending Wed, 14 Oct 2020
Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

error: Content is protected !!