Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 6, 2020 @ 3:58pm

Vokal Mania: Seminggu Nuha Bahrin Kena Kecam Non Stop, Naim Daniel & Caprice Pula Muncul Untuk…

Seminggu berlalu namun isu hangat persembahan Nuha Bahrin di pentas Vokal Mania Sabtu lalu masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan netizen. 

Ramai yang melemparkan kritikan terhadap persembahan Nuha, malah si empunya badan sendiri sudah tampil mengakui kesilapan diri dan meminta maaf kepada semua.

Baca artikel berkaitan: Vokal Mania: Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk – Ini Respon Nuha Bahrin

Terbaru, penyanyi Naim Daniel dan Caprice akhirnya muncul bersuara memberikan sokongan.

Kita perlu ada kesilapan untuk peka ke hadapan – Naim Daniel

Menerusi ciapan di Twitter, Naim Daniel tampil menyuarakan sokongannya terhadap gadis itu.

Terkedu dengan sokongan yang diberikan, Nuha membalas dengan ucapan  terima kasih kepadanya dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi itu.

Bila dikritik tu peluang untuk baiki diri – Caprice 

Tidak hanya terhenti di situ, Caprice pula tampil memberikan sokongan kepada Nuha menerusi video di Instagramnya. 

Malah, Caprice sempat menitipkan nasihat apabila kita jatuh biarlah jatuh ke depan dan terus bangkit ke depan. 

Video tersebut kini menerima hampir 306,000 tontonon di Instagram. 

Buat Nuha, semoga sentiasa kuat. Perjalanan sebagai anak seni masih jauh. Semoga selepas ini sentiasa belajar dari kesilapan.

Jangan lupa saksikan Vokal Mania episod tiga pada hari Sabtu ini hanya di TV3 dan www.tonton.my. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022
Trending Fri, 29 Jan 2021
Featured Tue, 7 Feb 2023
Featured Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Tue, 19 Nov 2024

Gara-Gara Anak Disamakan Dengan Binatang, Syifa Melvin Akhirnya Buat Laporan Polis

Syifa juga akan ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.

Hiburan Wed, 8 May 2024
Trending Fri, 16 Apr 2021

Kebenaran Rentas Negeri Kini Diperketatkan Dengan Syarat…

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan kebenaran untuk orang ramai merentas negeri susulan situasi COVID-19 di negara ini yang semakin menunjukkan peningkatan dan masih belum stabil. Menurut, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah […]

Trending Mon, 31 May 2021

Cergas Beraya, Ceria Bersama

Kalau sihat, baru raya ONS!!!!!

error: Content is protected !!