Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 11, 2020 @ 2:00pm

Vokal Mania: “Betul Apa Yang Mereka Cakap..” – Rookie Aufahanie Alami Stage Fright, Akui Salah Sendiri

Pentas Vokal Mania minggu lalu sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila persembahan salah seorang rookie, Nur Aufahanie dikritik oleh netizen gara-gara didakwa gagal menyanyikan lagu Gundah dengan baik.

Malah, juri Misha Omar yang turut menilai persembahan battle antara Aufa dan Indah Ruhaila dan memberikan komen persembahan mereka tidak mempunyai ‘X-Factor’.

Setelah trending di media sosial, Aufa akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Saya kecewa dengan diri sendiri” – Nur Aufahanie

Ketika dihubungi Xtra, Aufa mengakui dirinya gagal membawakan persembahan dengan baik pada malam tersebut seperti yang dirancang, malah peminat nombor satu, Dayang Nurfaizah itu turut memgakui mengalami ‘stage fright’.

“Saya kecewa dengan diri sendiri, memang salah saya sebab tak deliver lagu tu dengan baik,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang dia ingin katakan kepada netizen di luar sana setelah dikritik, Aufa tenang menjawab: 

“Saya berterima kasih kepada netizen yang memberi komen. Ada banyak komen positif yang diterima, saya akan ambilnya untuk dijadikan nasihat,” ujarnya.

Apapun, buat Aufa. Perjalanan masih jauh. Jadikan teguran sebagai semangat untuk terus berjuang! Apa yang penting, perbaiki kesilapan diri dan bangkit semula!

Jangan lupa undi peserta kegemaran korang di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania episod keempat minggu hadapan, pada Sabtu, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Oct 2020
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Trending Tue, 2 Jun 2020

PKPB: Boleh Rentas Negeri Untuk Urusan Akad Nikah, Sesi Foto Pra Perkahwinan

Berita baik buat pasangan yang ingin berkahwin..

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Duet Lagu ‘Lemak Manis’ Bersama Haziq Rosebi, Aina Abdul Teruja Wirawati Tun Dr Siti Hasmah Petik Piano – “Tak Pernah Terlintas Jumpa Beliau”

Wahhhh, sempoinya Tun Dr Siti Hasmah main piano, Aina & Haziq pula nyanyi 🤩 Kita perlukan lagu duet mereka! 😚

Featured Wed, 29 Dec 2021

“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq […]

error: Content is protected !!