Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 18, 2020 @ 3:57pm

Pemberian Elaun Khas Covid-19 Secara Bersasar

Pemberian elaun khas Covid-19 kepada petugas kesihatan diberikan secara bersasar dan tidak membabitkan keseluruhan 252,765 pegawai lantikan secara tetap dan lebih 40,000 pegawai lantikan kontrak yang sedang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan semua Petugas KKM Urus Covid-19 

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, berkata ini kerana bukan semua pegawai dan anggota kesihatan perlu diarah untuk melaksanakan skop tugas berkaitan dengan wabak Covid-19.

Arahan ini juga tidak bersifat berterusan kerana mana-mana pegawai yang tidak lagi melaksanakan skop tugas berkaitan dengan Covid-19 atau diarah bertukar ke penempatan lain, mereka tidak lagi layak untuk menerima bayaran elaun khas ini.

“Malah, pegawai dan anggota kesihatan yang sebelum ini tidak dibayar elaun khas berkenaan, mereka akan layak menerima bayaran elaun khas ini sekiranya diarah untuk melakukan skop tugas berkaitan dengan Covid-19 oleh Ketua Jabatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu,  menerusi pembentangan bajet 2021 kerajaan mencadangkan supaya bayaran bantuan khas sebanyak RM600 diberi kepada semua pegawai Gred 56 dan ke bawah bagi menghargai sumbangan dan komitmen pegawai awam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 May 2021

Alif Satar Akui Teruja Sertai ICSYV4

Rancangan realiti kegemaran ramai I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 bakal membuka tirai dengan edisi raya pada musim ini. Untuk musim ini, kehadiran penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar nampaknya  memeriahkan lagi kehangatan program […]

Featured Sun, 13 Aug 2023
Hiburan Fri, 3 Jul 2026

“Rasa Macam Dah Ada Semua, Tapi Kosong Sangat..” – Kamal Adli Akui Diserang Rasa Sunyi

Kamal Adli mengakui sedang berdepan fasa emosi yang sukar apabila tiba-tiba diselubungi perasaan sunyi dan kosongI

Featured Tue, 21 Mar 2023

Fail Nusyuz, Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang… Kesal Difitnah Abai Nafkah

Siapa yang boleh terima kalau mengetahui isteri kita ada berhubungan dengan suami orang?- Syamsul Yusof

Trending Thu, 12 Aug 2021
Featured Wed, 8 May 2024

Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin – “Please! Saya Tak Mahu Komen.. Itu Diluar Bidang Saya”

Alahai, sebak pula tengok. Apapun moga yang baik-baik sahaja buat keluarga Datuk😥

Featured Thu, 20 Jun 2024
error: Content is protected !!