Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd December 28, 2020 @ 6:33pm

5 Pasangan Mara Ke Pentas Akhir, Minggu Ke – 7 Penuh Saingan Dan Tangisan : Jom Recap Persembahan & Komen Penuh Juri Di LCK2

Pentas separuh akhir LCK 2 malam tadi  berlangsung penuh mariah  dengan penampilan hos tetap, Azwan Ali dan Elly Mazlein serta dua tetamu jemputan terkenal, Erra Fazira dan Fattah Amin.

Episod kali ini juga dilihat sengit apabila tujuh pasangan berentap untuk merebut tempat ke pentas akhir.

Namun, penantian akhirnya terjawab apabila lima pasangan berjaya mara ke pentas finale iaitu Khareez & Nadeera, Syafiq & Serra, Kael & Evie, Iss Arffan & Mya dan Adly & Darling.

Kalau korang nak tengok apa komen panas juri buat peserta ni, apa tunggu lagi jom kita recap kedudukan dan komen juri pada minggu ini!

1. Khareez & Nadeera
Kau Mawarku – Siti Nurhaliza & 2 By 2
Markah keseluruhan :65.6

Ajai: chemistry pada feeling. Itu yang ada pada kamu. Itu namanya serasi dan kekuatan.

Hael: inilah yang dikatakan chemistry. Awak buat lagu ni cara awak sendiri. Which is saya suka.

Fattah amin: saya rasa performance sangat serasi nampak you guys looking each other. Nampak sampai. Best! All the best!

2. Syafiq & Serra
Teman – Iman Troye
Markah keseluruhan : 61.3

Mas idayu: mummy enjoy. Pilihan lagu terbaik. Semakin lama, semakin serasi. Speechless. Persembahan nampak lagi plan.

Hael: saya rasa sangat menghiburkan. Daripada minggu ke minggu tunjuk progress tinggi. Anda memilih lagu yang baik pada malam ini. Lagu ini lagu yang current. Lagu yang tepat malam ini.

Fattah Amin: saya rasa sangat serasi.

3. Kael & Evie
Seri Langkat – Jamal Abdillah feat. Amelina
.

Markah keseluruhan: 55.2

Mas idayu: yang paling kuat kat sini adalah chemistry. Si evie ni selalu pandang kael dengan pandangan ikhlas. Memang keluar dari comfort zone. Jauh keluar dari kotak. Itu mummy salute. Awak berani, both of you. Awak ada keserasian dan kelembutan. Evie, mummy suka.

Ajai: sedaplah. Lagu ni tak perlukan kekuatan. Perlu kelembutan melayu. Tahniah, tahniah!

Fattah Amin: Saya sangat suka both of you. Nampak keyakinan dan nampak chemistry.

4. Iss Arffan & Mya
Kabut Serangkai Mawar – Zaiton Sameon

Markah keseluruhan: 53.7

Ajai: saya dah biasa dengar lagu ni berbentuk solo taoi saya juga mengenali lagu ini bila diduetkan, pembawakan lirik nampak. Perbicaraan hati nampak, kekuatan dan feeling menghidupkan lagi. Tahniah!

Mas idayu: Nak nyanyi duet lagu solo, sebenarnya susah nyanyi duet untuk balance bukan senang. Untuk lagu ini, mummy suka awak balance kedua duanya. Ada feel, tahniah!

Fattah Amin: saya boleh nampak emosi especially yang last. Tahniah diucapkan!

5. Adly & Darling
When I Was Your Man – Bruno Mars

Markah keseluruhan : 46.0

Hael hussaini: kredit untuk awak dua.

Ajai: saya nampak ada perkembangan bila awak naikkan key, tapi bila key awak naik tone awak nipis. Kekuatan darling dia ada tone yang unik. Korang tak boleh nyanyi lagu cinta orang putih. Kamu kena nyanyi lagu cinta melayu. Keserasian kamu sebenarnya ada pada lenggok Melayu. Kekuatan awak cinta Melayu.

Fattah Amin: saya rasa dari sudut keyakinan nampak kurang sikit. Mungkin lagu melayu akan lagi best.

6.Fariqwan & Mina
Kau Bunga Cintaku – Anuar Zain
Markah keseluruhan:
41.6

Mas Idayu : bila awak menyanyi harmonize berdua, awak tak boleh lebih kuat mendahului suara main. Awak kena menjauhkan mic ke. Mummy melihat effort. Nampak kejujuran dalam menyanyikan lagu ini.

Hael : saya rasa persembahan ini better dari last week. Awal awal okay, towards the end nampak lost. Goodluck to you guys

7.Hariz & Mafa
Gadis dan Bunga – Rahimah Rahim

Markah keseluruhan: 41.2

Hael: saya rasa spark ada something wrong somewhere but i don’t know why. Saya rasa banyak performance last week better than this but it was a good try. Cuma, saya rasa chemistry ada something yang lack.

Mas idayu: saya nampak malam ni lain daripada sebelumnya cuma kekuatan vokal nampak dekat Hariz untuk lagu ni. Kestabilan tu Mafa kena lagi genit. Effort Mummy nampak sebab keluar dari kotak. Mummy sangat hargai usaha mereka berdua.

Ajai: Pada saya, kekurangan chemistry. Keriangan menyanyi bila perasaan each other. Tak ada salah dari pitching. Kekurangan dari segi perasaan.

Fattah Amin: saya rasa ada keyakinan dalam menyampaikan lagu. Itu yang saya nampak.

Walaubagaimanapun, dua pasangan yang tewas ke pentas akhir adalah Hariz & Mafa dan Fariqwan & Mina. 

Apapun, buat peminat LCK2 jangan lupa terus mengundi peserta kegemaran korang menerusi paparan QR Code pada skrin televisyen korang dan saksikan secara langsung Lagu Cinta Kita 2 pentas akhir pada minggu hadapan, Hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ianya juga boleh di strim secara LIVE HD di  www.tonton.com.my. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Featured Mon, 11 Mar 2024
Trending Sat, 8 Sep 2018

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Rasanya ramai kot pernah mengalami situasi yang sama dimana setiap kali pegang besi akan rasa macam direnjat elektrik. Betul tak?

Trending Tue, 24 Aug 2021

[VIDEO] Respect! Artis Ini Sambut Hari Kemerdekaan Dengan Cara Yang Kreatif!

Hari Kebangsaan negara kita bakal menjelang tak lama lagi dan sudah pasti rakyat Malaysia juga tidak sabar. Sedar tak sedar, sudah 64 tahun kita menyambut hari yang bersejarah ini. Meskipun kita masih dalam musim pandemik, […]

Trending Fri, 11 Dec 2020
Trending Thu, 5 Jul 2018

发胖是因为男友「不帅」美研究:另一半长相会影响体重

多数现代人,会拼命节食、减肥,认为瘦就是美,但你就是怎么样都瘦不下来,却百思不得其解呢?

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Sun, 30 Nov 2025

“Kalau Menghentam Dapat Gembirakan Mereka, Alhamdulillah” – Video Jadi Pertikaian, Que Haidar Tak Ambil Kisah… Diserbu Peminat Gara-Gara ‘Jamilah’!

“Ramai sebenarnya buat perkara sama, tapi bila saya yang buat terus dianggap salah.” – Que Haidar

error: Content is protected !!