Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 2, 2021 @ 2:42pm

Bernikah Dengan Ahli Perniagaan, Nafiz Muaz Selamat Bergelar Suami

Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), Nafiz Muaz, 22, selamat bernikah dengan ahli perniagaan Diyana Omar, 29, pada jam 11.33 pagi tadi.

Nafiz dan isteri yang saling mengenali sejak tiga tahun lalu itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis kecil di sebuah hotel selepas dua kali menunda tarikh pernikahan.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira-kira 100 orang tetamu.

Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

“Perancangan awal kami sepatutnya sejak Ogos 2020. Dek situasi semasa pandemik COVID-19 dan beberapa kekangan lain, kami anjak pula ke Disember. 

“Akhirnya, saya dan isteri tidak boleh berkompromi lagi dalam hal menangguhkan majlis kahwin ini. Maka kami nekad memilih tanggal 2 Januari 2021 sebagai saksi hari bersejarah.

“Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian yang melanda dunia ini,” katanya.

Mengenai isterinya, Nafiz cukup selesa mengenali wanita berambut panjang itu.

“Lebih utama dia sangat memahami saya. Kami masing masing terbuka dalam banyak perkara.

“Insya-Allah kami akan sama sama melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya.

Nafiz atau nama penuhnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memaklumkan yang mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 21 Januari ini.

Malah, pada bulan Februari pula, majlis bertandang akan diadakan di Sungai Petani.

Mengenai anak, masing masing tidak menolak rezeki jika dikurniakannya dalam masa terdekat.

Mengenai bulan madu, pasangan ini belum merancang lagi ke mana-mana destinasi kerana Nafiz sendiri akan mula menjalani penggambaran sebuah drama bermula Rabu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 14 Mar 2025

Adrea Abdullah ‘Ustazah’ Dalam Keluarga Itu Terkejut Terima Mesej L*cah – “Entah Macam Mana Dia Boleh Naik Syok”

Lebih mengejutkan, individu yang menghantar mesej berkenaan merupakan seorang budak.

Selebriti Wed, 19 Nov 2025

Lebih Banyak Keseronokan Menanti Menerusi ‘REAL ke AI?!’

Bukan sekadar meneruskan cabaran ‘Real atau AI’, inisiatif ini turut berkongsi alatan AI berguna yang mungkin sudah biasa digunakan umum.

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

“Saya Masih Tak Beli Rumah Sebab Elak Riba” – Farah Lee Nasihat Anak Muda Jangan Gopoh

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil memberikan pandangan peribadi berhubung kekeliruan anak muda masa kini yang masih teragak-agak sama ada mahu membeli atau menyewa rumah. Menerusi hantaran di Threads, Farah atau nama […]

Trending Thu, 31 May 2018

Tak Suka Kalah, Selamat Tinggal Real Madrid…

Selepas tiga tahun, kelab ini memerlukan sentuhan baru. Saya tak nampak diri saya untuk terus menang tahun ini. Saya tak suka kekalahan!

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2025

Edry Abdul Halim Kesal Anak Autisme Kena Maki, Dihalau Seperti Anjing

Edry Abdul Halim kesal anak autisme menerima layanan buruk.

error: Content is protected !!