Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 5, 2021 @ 2:53pm

Jurang Usia 17 Tahun Bukan Penghalang, Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Nikah 6 Februari 2021

Sebelum ini timbul desas-desus pasangan penyanyi, pelakon dan pengacara, Harris Alif dan Intan Ladyana bakal menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat apabila Harris memuat naik gambar melamar Intan di laman instagram miliknya.

Sumber : Instagram @harrisalif

Dan, siapa sangka akhirnya pasangan ini memilih tarikh 6 Februari 2021 sebagai hari bahagia untuk pernikahan mereka yang bakal dilangsungkan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur.

Harris Alif, 21, bersama pelakon jelita, Intan Ladyana, 38 memilih tarikh tersebut sebagai hari paling bermakna mereka memandangkan, tarikh asal yang dipilih iaitu 6 Mac 2021 yang juga merupakan tarikh anniversary pasangan ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Usia bukan penghalang

Walaupun jarak usia 17 tahun membezakan mereka namun, ianya bukan penghalang atau alasan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin. Bak kata pepatah, jodoh itu rahsia Allah.

Tiada kata yang mampu diungkapkan Harris buat bakal suri hatinya selain ucapan alhamdulillah.

“I saw that you were perfect and so I loved you. Then I saw you were not perfect and I love you even more.” – Harris

4 acara penting akan berlangsung

Impian pasangan ini turut direalisasikan ramai pihak penaja sepanjang empat acara penting mereka. Acara itu termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang.

Lebih menarik, pasangan itu juga bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta pada majlis pernikahan serta resepsi.

Apapun, tahniah diucapkan kepada pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana untuk hari bahagia mereka nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Featured Tue, 21 Apr 2026

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

Trending Sat, 17 Mar 2018

Vietnam Restaurant Preserves President Obama’s Table and Utensils!

After former President Barack Obama visited a Vietnamsee street restaurant, the restaurant decides to preserve the table and utensils that he used before!

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Penyanyi Ada Soul, Dia Umpama Berlian!” – ‘Hal Hebat’ Duet Govinda & Ernie Zakri Cetus Fenomena

Min harap lepas ni ada kolaborasi lagi antara Queen Ernie dengan Govinda ☺️☺️

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Figura Fri, 9 Jun 2023
error: Content is protected !!