Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 19, 2021 @ 1:25pm

Sudah 5 Tahun Berhijab, Masih Ada Pihak Minta Mia Sara Buka Tudung

Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih wujud sesetengah pihak yang memintanya membuka tudung untuk menjayakan sebuah karakter lakonan.

Jelas Mia yang sudah mengenakan hijab semenjak berusia 11 tahun, ramai yang menganggap dirinya sudah kurang aktif dalam dunia hiburan.

“Sejujurnya, dek kerana tawaran sedemikian, saya terpaksa menolak banyak tawaran lakonan dengan cara baik hingga ada yang menyangka saya sudah tidak berlakon lagi bila wajah saya jarang keluar di kaca televisyen.

“Baru-baru ini pun, ada tawaran yang mahukan saya untuk membuka tudung setelah diberitahu mengenai karekter watak yang ditawarkan.

“Saya tak saya nafikan, ketika di awal fasa saya mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dahulu, lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Atas sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.

“Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya.

Mia ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta De’Xandra Youth di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Mia, empat duta lain yang turut sama dipilih ialah Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Koh Wen Wei.

Hadir sama ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi.

Kembali aktif dalam seni lebih setahun lalu, bintang remaja ini juga optimis kerjasamanya bersama De’Xandra Youth mampu membuka peluang lebih besar bagi dirinya selepas ini.

“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama jenama ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri. Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya.

“Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini. Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Mar 2026

Foto Lama Pakai Baju Sendat Ditularkan Semula, Netizen Tegur Qistina Raisah: “Dah Besar Dik, Pergi Pakai Lagi Baju Budak 0-6 Months Kenapa?”

Pelakon Qistina Raisah menyorot perhatian ramai selepas foto lamanya kembali tular di platform media sosial baru-baru ini.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

Ayda Jebat Syukur Selesai Jalani Prosedur Jahit Semula Luka Pembedahan Bersalin Yang Bocor – “Saya Masih Tak Boleh Lasak”

Ayda Jebat memaklumkan dirinya kini telahpun selesai menjalani prosedur menjahit semula luka pembedahan bersalin yang bocor sebelum ini.

Featured Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Sun, 31 Mar 2024
Bulan Madu Mon, 14 Jul 2025
Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Trending Thu, 5 Nov 2020

SOP Rentas Negeri, Daerah Bakal Diperketatkan

Adakah ini seperti memberi bayangan….

error: Content is protected !!