Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 30, 2021 @ 3:27pm

“Saya Resah, Tak Boleh Lelapkan Mata…” – Usop

Naib juara Mentor Milenia, Usop mengakui dirinya gelisah dan tidak boleh melelapkan mata sehari sebelum pelancaran lagunya, Lenyap. 

Walaupun tidak asing lagi dengan industri hiburan dan nyanyian namun Usop mengakui masih merasakan debaran sewaktu melancarkan single terbarunya.

“Saya memang tak boleh tidur. Nervous. Lenyap ni merupakan buah tangan terbaru saya jadi sudah pasti saya risau dengan reaksi para peminat,” katanya

Bercerita mengenai single terbaharunya lagi, Usop berkata: “Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.

“Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada dua lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya,” katanya lagi.

Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 8 Dec 2024

“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000

Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi” -Zahnita

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Jangan Tinggalkan…” – Netizen Puji Sifat Manja Neelofa Dengan Suami

Manjanya tengok Neelofa dengan suami sampai tak boleh berjauhan ya.

Featured Thu, 24 Jul 2025

Blood Brothers Gegar Pentas AMT2025, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle & Zamarul Hisham Calon Top 10 Selebriti Maskulin Terhangat

Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham, barisan pelakon hebat ini antara yang tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

error: Content is protected !!