Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 1, 2021 @ 3:01pm

Elisya Sandha Selamat Bertunang, Bakal Disatukan Awal Tahun Depan

Penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, pada Ahad.

Sheila Rusly atau lebih mesra dengan panggilan Sis, memaklumkan majlis tersebut diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 orang tetamu sahaja.

Mengakui sebagai seorang ibu, Sis bersyukur walaupun perasaannya kini bercampur baur kerana anak sulungnya itu sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya.

“Alhamdulillah, tidak terluah dengan kata-kata perasaan saya ketika ini. Macam-macam perasaan ada. Tetapi sudah tentu saya gembira”

Tambahnya lagi, kedua-dua pasangan ini bakal disatukan pada awal tahun depan.

“Elisya sangat memahami”

Pastinya ramai yang ingin mengetahui apakah kriteria yang dimiliki Elisya Sandha sehingga mampu membuka hati pemilik Restoran The Dim Sum Place ini.

” Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa. Dan, saya anggap ini adalah perkara serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali.

” Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,”  katanya.

Berita mengenai pertunangan itu turut dikongsi menerusi hantaran dilaman instagram Elisya Sandha dan Azman Yahya atau Jinggo.

Apapun, tahniah diucapkan buat Elisya Sandha dan Sheila Rusly!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Sep 2022

Bekas Suami Lufya Omar Tak Melatah Nama Kena Petik Culik Anak

Pihak mana lah yang menuduh bekas suami Lufya yang nak culik anak sendiri..

Hiburan Wed, 18 Jun 2025

“Abang Long Paling Sweet, Lain Hari Lain Bunga Katanya” – Amira Othman

Amira Othman puji Fattah Amin paling sweet setiap hari kirim bunga berbeza

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Fri, 2 May 2025

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Sah Bergelar Suami Isteri

Eyka dan Akhyar sah bergelar suami isteri tepat jam 10.12 pagi tadi.

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Fri, 11 Apr 2025
Featured Tue, 25 Apr 2023
error: Content is protected !!