Featured By: Salma Syahbuddin February 4, 2021 @ 12:15pm

Finalis Ada Banyak Benda Nak Kongsi? Celcom XPAX Tampil Dengan Cerita Di Sebalik #AJL35!

Debaran pentas AJL35 kian terasa!

Walaupun COVID-19 membuatkan tarikh penganjuran AJL35 ditunda, namun itu bukan penghalang untuk korangmerasai sendiri kehangatan yang dibawakan oleh pihak Media Prima Berhad bersama-sama Celcom XPAX dalam Cerita Di Sebalik #AJL35!

Jom kita saksikan apakah agaknya perkara menarik yang bakal dikongsikan oleh para finalis kita! Let’s check this out!

Nabila Razali menangis kerana Peluang Kedua ?

Bagi Nabila Razali atau lebih mesra dengan panggilan Bella, semestinya tercalon antara 12 finalis adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. Mana taknya, pelbagai kontroversi timbul kononnya lagu tersebut berjaya ke pentas #AJL35 kerana dinyanyikan oleh Hael Husaini.

Malah, ada segelintir netizen menidakkan faktor kesihatan yang dialami beliau yang kononnya hanyalah sekadar gimik semata-mata. Ish,,, ish,, ish… tak baik tau netizen ni?!

Haa, kalau korang nak tahu lebih banyak lagi mengenai Bella dan penjelasan beliau mengenai kontroversi ni, korang boleh saksikan #ceritadisebalik bersama Nabila Razali!

 

Dato Jamal Abdillah bukanlah seorang yang pendiam – Wany Hasrita

Berduet bersama penyanyi popular atau boleh dikatakan sebagai penyanyi lagenda, Wany Hasrita mengakui itu antara ‘goal’ beliau untuk menjadi anak seni. Dan, sudah semestinya perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Malah, Wany sempat berkongsi bahawa Dato Jamal Abdillah bukanlah seorang yang pendiam cuma kena tahu cara dan topik untuk dibualkan.

Tambah Wany lagi, selepas ini beliau mahu membawakan lagu bergenre pop rock pula. Wow! Tak sabar juga nak dengar Wany nyanyi lagu pop rock kan? 

Jom dengar apa lagi yang Wany kongsikan dalam #ceritadisebalik!

 

Zizi Kirana jerit kat backstage?

Siapa sangka penyanyi yang berasal dari Sabah ini berjaya melayakkan dirinya ke pentas AJL35 dengan lagu Eh ciptaan Navigator dan Zizi sendiri manakala liriknya pula ditulis oleh Mambang dan Zizi Kirana.

Berkongsi dalam #ceritadisebalik, Zizi Kirana mengakui menjerit dibelakang pentas ketika namanya diumumkan antara finalis pada malam tersebut.

Menyifatkan lagu Eh ini sebagai teguran buat netizen, Zizi Kirana juga sempat berterima kasih kepada semua yang mencetuskan kontroversi mengenai dirinya di laman sosial. Opss!

Malah, penyanyi bersuara husky ini juga berkata, persiapan ke pentas AJL35 masih dalam proses namun, Zizi Kirana hanya mahu meluahkan perasaan beliau menerusi persembahannya pada malam itu nanti. So, korang tunggu okay!

Nak tahu lebih banyak mengenai #ceritadisebalik Zizi Kirana? Apa kata korang layan video ni dulu!

Shiha Zikir tak tidur gara-gara 7 Nasihat

Penyanyi yang disifatkan sebagai versatile kerana kemampuannya menyanyi dan berlakon ini sempat berkongsi menerusi #ceritadisebalik bahawa, sejak diberi kepercayaan menyanyikan lagu 7 Nasihat dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau tidak dapat tidur kerana terlalu risau.

Ini kerana, membawakan lagu penyanyi nombor satu negara bukanlah mudah seperti menonton di kaca televisyen malah, rakan duetnya iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta merupakan komposer lagu 7 Nasihat itu sendiri. 

Dan siapa sangka, menurut kedua-dua komposer ini pemilihan Shiha Zikir bagi  menggantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza adalah pemilihan yang paling tepat! Yelah, ton suara Shiha pun ala-ala Dato’ Siti kan? Tak percaya, korang boleh layan #ceritadisebalik bersama Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta!

Kumpulan Floor 88 bergaduh kerana lagu Hutang

Pertama kali beraksi di pentas AJL35, Kumpulan Floor 88 mengakui persiapan untuk malam AJL35 telahpun siap sehingga 50 peratus.

Selain itu, Floor 88 sempat berkongsi dalam #ceritadisebalik, lagu Hutang ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi sehingga pernah menimbulkan pergaduhan antara mereka.Uish! Biar betul…

Tidak meletakkan harapan yang tinggi, kumpulan ini bagaimanapun akan membuat persembahan yang terbaik kerana menyifatkan lagu ini sebagai batu loncatan untuk kumpulan Floor 88 untuk terus menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.

Nak tahu kenapa lagu Hutang ni buat mereka bergaduh? Korang kena tengok sendiri #ceritadisebalik Floor 88!

Untuk mengetahui lebih banyak lagi mengenai finalis AJL35, jangan lepaskan peluang korang untuk menonton #ceritadisebalik bermula 11 Januari ini sehingga 1 Februari 2021!

Bagi anda yang tidak mahu terlepas menonton Cerita Di Sebalik #AJL35, korang boleh menontonnya menerusi YouTube rasmi TV3Malaysia Official

Terus rancakkan kehangatan anda dengan Cerita Di Sebalik #AJL35 bersama Celcom XPAX Truly Unlimited dengan 2 kali kelajuan lebih pantas!

 Apa tunggu lagi, Langgan sekarang untuk rangkaian terluas anda! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jan 2018

5 Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Ada Shawl Berbulu!

Dunia fesyen dikejutkan dengan kehadiran gaya tudung perincian bulu menggantikan sekuin atau ruffle seperti sebelum ini. Namun, sebelum mendapatkan sehelai shawl dengan perincian sebegini, berbaloikah shawl itu dengan wang yang dibelanjakan? 1. Bermusim, one day […]

Featured Thu, 14 May 2020
Trending Mon, 26 Aug 2019

Safiey Ilias Nekad Buang Silikon Lagi?

Apapun, doakan yang terbaik!

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 24 Nov 2021
Trending Sun, 9 Jun 2019

Lelaki Guna Siren Polis Mudahkan Perjalanan Ditahan

Satu set siren yang telah dipasang dalam kereta berkenaan turut ditemukan, apa yang dibuat dengan siren tu ya?