Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 14, 2021 @ 6:36pm

Shuib & Siti Sarah Hadiahkan 2 Rumah Baru Kepada Mangsa Kebakaran

Pasangan selebriti, Shuib dan Siti Sarah membantu untuk meringankan beban dua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan terbakar semalam.

Berada di Kelantan untuk menguruskan pelancaran kedai minuman milik mereka, Shuib dan Sarah mengambil kesempatan untuk menziarahi dua keluarga itu serta mahu mengurangkan beban yang ditanggung.

Menerusi hantaran Instagram terbaru Sarah, dia dan suami mencari rumah sewa untuk didiami dan pasangan itu juga bakal membina rumah baru untuk dua keluarga ini.

“Kebetulan semalam pembukaan Bubble Bee di Kelantan, ada orang beritahu mengenai dua buah rumah terbakar dan tak jauh dari tempat kami buat pelancaran.

“Saya terus tergerak hati nak ajak Shuib dan team ke sana. Sampai je kat sana, tengok rumah kak Halimah dan kak Hawa, hati Sarah macam nak pecah. Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah hangus terbakar.

“Allah! Memang saya tak dapat nak bayangkan, benda ni terjadi pukul 3.30 pagi. Kita semua ni tengah tidur nyenyak, mereka berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat nak selamatkan barang-barang.

“Apatah lagi, saya yang sampai ke rumah mereka petang semalam, kesan kebakaran masih berasap tak habis lagi.

“Saya membayangkan sekiranya benda ini terjadi pada keluarga kita sendiri. Dalam keadaan macam ni kita doakan yang dua keluarga ini dipermudahkan segala urusan dan kuat lalui ujian ini.

“Insya-Allah Sarah dan Shuib akan cuba bantu dua keluarga ni. Buat masa sekarang ni mak cik dah pilih rumah untuk di sewa semantara dan Insya-Allah kami bantu buatkan dua rumah yang baru secepat mungkin. Minta semua doakan agar semua urusan dipermudahkan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dalam pada itu, Shuib dalam hantaran Instagram terbarunya bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu.

“Alhamdulillah diberi peluang untuk membantu. Sedih bila dapat tahu kejadian ini. Dua rumah dijilat api hanya dalam masa 30 minit. Sedih, tapi luar biasa skali redha Kak Mah dan Makcik Siti Hawa.

“Insya-Allah #BubbleBee hadiahkan dua buah rumah kepada mereka. Terima kasih kepada wakil penduduk, badan-badan berwajib juga individu-individu yang terlibat memudahkan urusan ini, Semoga impian kami untuk menyiapkan rumah mereka dipermudahkan. Doakan kami,” tulis Shuib.

Terdahulu, rumah yang didiami oleh penjual kuih, Halimah Mayin, 60, bersama keluarga di Kampung Alor Bakat, Bachok musnah dijilat api pada pagi Sabtu.

Kejadian itu juga melibatkan jiran mereka, seorang ibu tunggal warga emas, Siti Hawa Hamat, 71, yang tinggal tujuh beranak termasuk cucu yang berusia 10 bulan.

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Fri, 25 Aug 2023

[VIDEO] Didakwa Buat Hidung, Ini Respons Diana Danielle – “Saya Ada Insecurities Dengan Diri…”

‘Saya tak rasa saya perlu explain atau justify’ – Diana Danielle. Hmmm Dee dah cantik sangat pun insecure jugaa 😭

Events Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Ditayangkan Di Lebih 80 Pawagam, Filem ‘Soloz: Game of Life’ Tembusi Pasaran Thailand

Bangganya! Karya arahan Syafiq Yusof itu ditayangkan secara rasmi di lebih 80 pawagam di seluruh Thailand bermula 4 Disember!

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Kisah Viral Fri, 18 Jul 2025

Ditahan Tanpa Asas, Siti Kasim Menang Saman… JAWI Diarah Bayar Ganti Rugi RM160,000

Siti Kasim menang kes saman, JAWI diarah bayar RM160,000

error: Content is protected !!