Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 3, 2021 @ 3:00pm

“Tak Payah Acah Baik…. Geli Aku Tengok!” Siti Sarah & Shuib Di Hentam Netizen Gara-Gara Kongsi Rezeki Dengan Frontliners

Sempena menyambut hari ulang tahun perkahwinan antara penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin dan suami yang juga merupakan pelawak, pelakon, pengacara serta bekas penyampai radio Hot FM, Shuib yang ke-10, pasangan ini dilihat bersama-sama turun padang  memberikan  sumbangan dan hadiah kepada frontliners yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh krisis Covid-19.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

 

 

Namun, bagaikan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan apabila setiap niat baik yang dilakukan akan disalah ertikan. Termasuklah kepada Sarah dan Shuib apabila tindakan memberi bantuan kepada frontliners itu disalah anggap oleh segelintir masyarakat kita pada hari ini.

 

Perkara tersebut dikongsi oleh Sarah menerusi muat naik gambar berupa screenshot mesej peribadi yang diterimanya menerusi akaun instagram miliknya pada Selasa.

 

Individu terbabit dilihat kurang senang dengan mengatakan kononnya tindakan Sarah dan Shuib itu hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk sahaja.

 

Bagaimanapun, Sarah dilihat tampil menjelaskan perkara berkenaan di ruangan kapsyen akaun instagramnya dengan menulis;

“Dalam kehidupan kita ini, kita tak dapat puaskan hati semua orang. Buat baik pun orang pandang serong, ape lagi kalau kita ni terbuat salah, lagi teruk jadinya…”
“Yang nak marah sangat tu kenapa? Kita bagi benda haram ke sampai sakit sangat hati tu? Sarah ni bagi dadah ke? Bagi air todi yang mabuk-mabuk ke???
“Frontliner tu ada yang tak cuti, banyak sangat dugaan yang diorang kena hadap. Apa yang Sarah bagi kecil je, just nak buat diorang happy. At least, dapat bagi semangat dan buat diorang happy untuk hari tu. 
“Saya bagi barang-barang lain tu pun untuk buat kenang-kenangan. Ikhlas ke tidak, bukan kita tentukan. Perkara itu rahsia Allah. Siapa kita nak tentukan keikhlasan seseorang tu?  jelasnya.

 

Haih, apalah nak jadi nak dengan manusia zaman sekarang ni kan?

 

Apapun, Sarah juga sempat menitipkan doa buat semua frontliners yang menghantar mesej peribadi  kepadanya mahupun yang  meninggalkan ucapan terima kasih di ruangan komen instagram beliau atas sumbangan yang diberikan pada 26 Februari lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya. […]

Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya. […]

Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Sat, 9 Aug 2025

Netizen Respect! Khairul Aming Tegas Berniaga Tanpa Unsur Penipuan – “Dia Faham Apa Itu Muamalat Dalam Islam”

Netizen label Aming seorang usahawan yang faham maksud sebenar mualamat dalam islam.

Featured Wed, 14 Dec 2022

‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Katanya bayi perempuan tak perlu sunat sebab tak menjejaskan kesihatan. Apa pandangan korang?

Featured Tue, 7 Mar 2023
error: Content is protected !!