Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 5, 2021 @ 5:02pm

“Handsome Boy” – Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Akhirnya Dedah Wajah Dan Nama Anak

Setelah hampir 2 bulan mempunyai cahaya mata pertama, pasangan romantis Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim akhirnya berkongsi wajah anak mereka di laman sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zahirah memuat naik beberapa keping foto anak lelakinya yang diberi nama Isaac Raees.

Menerusi beberapa keping foto, jelas terpancar kebahagiaan keluarga kecil mereka dengan kehadiran Isaac Raees.

Ruangan komen turut dihujani dengan ucapan daripada para peminat dan rakan artis yang memuji ketampanan putera sulung mereka.

Sesi fotografi tersebut juga turut dilakukan di Paddy’s Paddock, Australia yang merupakan salah satu lokasi “photoshoot” terkenal.

Semoga Isaac Raees membesar menjadi anak yang soleh!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 Jan 2020
Featured Wed, 14 Aug 2019
Featured Wed, 26 Jun 2024
Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Mon, 13 Oct 2025

“Muktamad Sharifah Akan Pakai Style Tudung Sharifah”- Elly Mazlein

Pelakon, penyanyi dan penyampai radio, Elly Mazlein menegaskan dia akan terus kekal memakai gaya tudung sepertimana yang dipakainya pada ketika ini.

error: Content is protected !!