Trending By: Padin March 13, 2021 @ 10:11am

‘Folio Cinta’ Fiena Menjadi Penamat Kepada Kisah Lagu Hit ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’

Kekurangan dimiliki digantikan dengan kelebihan dari segi suara yang gemersik tatkala menyanyi dan kebolehan mencipta lagu dengan baik.

Itu anugerah daripada Ilahi buat insan istimewa bernama Fiena, 22, atau nama sebenarnya Nur Zafiena Anissa Zaini.

Kemunculannya dalam program ‘Mentor Milenia 2017’ bukan saja menyentuh hati penonton tapi membuka mata ramai pihak akan bakat luar biasa dimiliki beliau.

Mempersembahkan lagu ciptaan sendiri, Tuhan Jaga Dia Untukku, Fiena berjaya mencipta populariti sekali gus dilamar syarikat rakaman Nova Music untuk menguruskan kerjaya seninya.

Lagu tersebut dirakam dan menjadi single sulung daripada Fiena yang dipasarkan pada tahun 2017.

Lagu tersebut berjaya menembusi hampir semua carta stesen-stesen radio utama negara dan video muzik rasmi lagu tersebut berjaya mencapai tontonan lebih daripada 4 juta di YouTube dan ia merupakan satu kejayaan yang cukup membanggakan bagi penyanyi dan penulis lagu baru ini.

Selepas empat tahun lagu itu dilancarkan, Fiena kembali dengan sebuah lagi karya terbaharu ciptaannya sendiri, Folio Cinta yang sekali gus menjadi penamat kepada jalan cerita lagu terdahulu.

Berkongsi mengenai lagu Folio Cinta, Fiena yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan berkata, Folio Cinta adalah hasil tugasan bagi projek aplikasi orang buta seluruh dunia iaitu ‘TeamTalk’.

“Lagu Folio Cinta dihasilkan dua tahun lalu yang mana ia adalah tugasan yang diberikan dalam aplikasi TeamTalk. Aplikasi ini membabitkan orang buta di seluruh dunia.

“Bagi melihat sejauh mana perkembangan kami dalam aplikasi ini, jadi setiap orang diberikan tugasan. Saya memilih untuk menghasilkan lagu. Ketika sedang bersantai dalam bilik, idea datang dan saya terus buat lagu dan lirik.

“Walaupun tempoh seminggu diberikan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya dapat hasilkan dalam masa sehari saja,” katanya.

Fiena berkata, dia juga tidak menjangka apabila lagu Folio Cinta menjadi pilihan pihak Nova Music untuk diterbitkan sebagai single terbaharu.

“Kebetulan pihak Nova Music minta lagu baharu. Jadi, saya pun beri dua lagu. Tapi, mereka memilih lagu Folio Cinta ini. Sebab diberikan, lagu ini seperti kesinambungan lagu pertama saya dulu.

“Alhamdulillah, lagu ini sudah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019 dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Sudah pasti saya berharap lagu ini akan diterima baik pendengar dan peminat seperti single terdahulu,” katanya.

Fiena yang mempunyai bakat menyanyi sejak berusia dua tahun berkata, lirik lagu Folio Cinta tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Lagu Folio Cinta ini bersifat keseluruhan. Walaupun ia mengenai kisah pasangan kekasih yang curang dan kemudian ingin kembali kepada teman wanitanya, tapi ia tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Ini idea saya sendiri. Saya hanya buat berdasarkan apa yang terlintas di fikiran,” katanya.

Bercerita lanjut, Fiena yang turut mahir bermain alat muzik keyboard berkata, dia berharap lagu terbaru akan pergi jauh seperti tercalon dalam Muzik Muzik 36.

“Sama macam penyanyi lain, saya juga berharap lagu Folio Cinta boleh pergi jauh. Kalau pihak Nova Music mahu mencalonkan lagu ini, saya sentiasa bersedia. Saya juga tidak sabar mahu mendengar maklumbalas daripada peminat,” katanya.

Single kedua Fiena, Folio Cinta terbitan Nova Music dilancarkan di semua pelantar muzik digital bermula semalam, 12 Mac 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Fri, 28 Oct 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Fri, 15 Jul 2022

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan […]

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Kes Mahkamah Sat, 10 Jun 2023