Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 16, 2021 @ 6:49pm

Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Memandangkan perintah kawalan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan tamat pada 18 Mac ini, maka sidang khas semalam telah mendengar pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penularan Covid-19 dan penilaian risiko bagi tempoh 14 hari serta cadangan pelaksanaan kawalan pergerakan bagi fasa 2 minggu ini.

 

Justeru itu, Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, setelah mendengar pandangan semua pihak termasuklah KKM, operasi bazar ramadan, bazar aidilfitri serta solat terawih akan dibenarkan di seluruh negara.

Sumber : MKN

Walaupun bagaimanapun, operasi standard (SOP) adalah wajib dipatuhi tidak kiralah oleh peniaga ataupun pengunjung.

 

“Tapi antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung, syaratnya adalah lokasi bazar adalah terbuka; mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza; menyediakan ruang pendaftaran MySejahtera dan jumlah pengunjung”

 

Tambahnya lagi, waktu operasi bagi bazar ramadan adalah dari jam 3 petang sehingga 8 malam, manakala bagi bazar aidilfitri pula, operasi akan dijalankan bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

 

Selain itu,  SOP lanjut mengenai pengoperasian bazar berkenaan akan dibentangkan pihak berkuasa tempatan negeri masing-masing yang menguruskan soal lokasi dan jumlah peniaga.

 

Mengenai solat tarawih katanya, ia tertakluk kepada keputusan majlis agama dan kerajaan negeri masing-masing yang berkuasa terhadap hal ehwal agama Islam.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Suami Fatin Afeefa Khatam Al-Quran Juzuk 30 Sebelum Mula Niaga, Ramai Terinspirasi & Tersentuh!

Aliff Awang khatam Al-Quran juzuk 30 sebelum mula berniaga, niat nak beri pekerja duit raya banyak

Featured Fri, 1 Aug 2025
Featured Sat, 29 Mar 2025

Sarat Emosi, Papar Sisi Berbeza… Ryan Bakery Tampil Dengan Filem Pendek ‘Raya Dipelukan Mak’

Ryan Bakery tampil dengan karya sulung ‘Raya Dipelukan Mak’ khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Featured Fri, 15 Aug 2025
Featured Wed, 14 Sep 2022
Trending Sat, 16 Jan 2021

Syarat Layak Mohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Keputusan BPR semakin hampir, jom semak syarat kelayakan memohon sekarang!

Hiburan Thu, 7 Mar 2024

Belajar Dari YouTube, Puteri Balqis Anggap ‘Speaking’ Dialek British Tak Bongkak

Dah la cantik, hebat berlakon, bijak pula tu 🤩🤩

error: Content is protected !!