Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 9, 2021 @ 7:39pm

Cipta Sejarah Baru, K-Clique Jalin Kolaborasi Dengan…

Sejarah baru tercipta apabila kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik iaitu Todak.

K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai oleh lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu, Sabah ini telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014.

Namun mereka mula mendapat perhatian meluas pencinta muzik tanah air melalui single keenam yang berjudul Mimpi.

Fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan ini telah menarik minat Todak untuk menjalinkan kerjasama bersama kumpulan yang dianggotai oleh MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, G-Nello dan NastyNas ini.

Kolaborasi di antara Todak dan K-Clique ini merupakan satu inisiatif baru dalam mempromosikan produk Todak di dalam arena muzik tempatan.

Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari).

Todak juga aktif di dalam membangunkan komuniti-komuniti di Malaysia seperti komuniti sukan permotoran, sukan ekstrem, E-sukan, Kereta RC, berbasikal dan sebagainya.

Menurut pengasas Todak, Khairul Azlan, impak yang diberikan oleh K-Clique terhadap industri muzik tempatan merupakan satu fenomena dan berharap kerjasama yang terjalin diantara mereka akan menjadi kebanggaan bersama kelak.

“Melalui pemerhatian yang rapi, kami lihat K-Clique dan Todak memiliki sinergi yang kuat dan ia membuatkan usaha dan kerjasama ini sangat sepadan.

“Besar harapan kami agar kerjasama dan persefahaman yang dimiliki pada hari ini dapat menjadi batu loncatan bagi kedua-dua jenama untuk terus maju ke hadapan. Kami melihat imej kumpulan K-Clique mempunyai keserasian dengan produk-produk dari Todak”, ujarnya.

Ini bakal dirasai oleh oleh peminat Todak terutama dari penggemar ‘Streetwear’ apabila Todak bakal melancarkan butik cawangannya di SS15 Subang Jaya tidak lama lagi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq, selain mempromosikan produk Todak, K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.

“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.

“Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif.

“Kita dah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19. Kita mensasarkan suku ketiga ( Julai 2021 ) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique,” katanya lagi.

Todak juga berhasrat dengan ikatan persefahaman ini dapat meluaskan lagi penguasaan kedua-dua jenama ini agar berada di peringkat yang lebih tinggi dan kawasan jajahan kedua-dua jenama lebih berkembang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 May 2023

Didakwa Tak Sesuai Bawa Watak Drama Terbaharu, Daiyan Trisha Dikritik Netizen

Aduh macam macam lah drama pun belum keluar lagi kan

Trending Wed, 1 Jan 2020

Jumpa 19 Bangkai Kucing & Sampah Bertimbun Sampai Ke Siling Rumah

Kesiannya pada kucing-kucing yang mati tu!

Hiburan Fri, 17 Apr 2026
Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Ibadah Haji Tahun Ini Ditangguhkan Kepada Tahun Hadapan- Menteri Agama

Buat yang bakal menunaikan haji pada tahun ini..

Featured Mon, 30 Sep 2024
Trending Sun, 20 Dec 2020
Featured Mon, 19 Aug 2024

“Saya Bersyukur Kalau Berita Cerai Itu Benar”- Patimah Ismail 

Allahu, begitu respons yang diberikan Datin Patimah Ismail terhadap isu cerai anaknya👀💥

error: Content is protected !!