Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 11, 2021 @ 4:07pm

KKM Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Lebih Awal Sempena Aidilfitri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk melakukan keputusan membenarkan Pergerakan rentas negeri lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kesesakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM1.34 juta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.

— BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 8 Apr 2026

“Keutamaan Saya Hanyalah Kegembiraan, Keselamatan & Kesejahteraan Fatima”- Fazura Berlapang Dada, Terima Permohonan Maaf Individu Kongsi Video Tular

Fazura memilih untuk berlapang dada apabila menerima permohonan maaf daripada seorang individu yang sebelum ini memuat naik video tular melibatkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Events Tue, 8 Feb 2022

Alami 9 Keriangan & Pengalaman Menakjubkan Di SkyWorlds Genting Highlands!

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keriangan di SkyWorld of Genting!

error: Content is protected !!