Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 22, 2021 @ 5:56pm

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Pelakon, Pengacara dan Model, Scha Alyahya mengakui sejak kehadiran anak keduanya Lyla Amina pada Februari lalu, beliau dan suami yang juga pengacara Melodi, Awal Ashaari jarang meluangkan masa berkualiti bersama-sama.

Menurut Scha,perkara itu terjadi akibat terlalu sibuk dengan komitmen kerja disamping sibuk menjaga anak keduanya itu.

“Sekarang memang saya akui masa itu dah kurang, sebab bila kerja di luar, dan apabila pulang ke rumah sambung pula dengan anak-anak”
“Penat memanglah penat, tapi ia sangat memuaskan. Saya ada juga cakap degan awal yang kami dah kurang masa berborak, kalau dulu ada sahaja masa nak berbual…”

Tambahnya lagi, beliau juga terpaksa memperlahankan kerjaya seni dan terpaksa menolak beberapa tawaran kerja kerana memikirkan anaknya yang masih kecil.

“Kalau ada tawaran yang memerlukan komitmen masa yang tinggi atau perlukan saya keluar rumah dalam jangka waktu yang panjang, saya akan fikir dulu. Dan setakat ini saya buat hanya yang termampu sahaja” katanya.

Scha Alyahyah atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 38, mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 40, pada Mei 2012 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Lara Alana, 7 dan Lyla Amina, 2 bulan.

Untuk mengetahui berita lanjut mengenai perkembangan terkini Scha Alyahya dan Awal Ashaari, jangan lupa saksikan Melodi pada setiap hari Ahad, jam 12 tengah hari hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Nov 2018
Trending Wed, 30 Sep 2020

4 Lagi Kluster Baharu Kini Dikesan

Terus amalkan penjarakkan sosial dan SOP!

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Saiful Apek Maklum Yassin Belum Dapat Kembali Ke Tanah Air, Ada Beberapa Dokumentasi Perlu Diselesaikan

Saiful Apek dedah Yassin perlu selesaikan beberapa proses pemindahan dari Arab Saudi ke Tanah Air

Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Thu, 30 Jun 2022

“Hanya Kerana Sedikit Kesilapan, Aku Pun..” – Nukilan ‘Tangisan Malaikat’ Timbulkan Tanda Tanya, Yasin Sulaiman Dikhianati Rakan?

Alahai sebaknya. Yasin cipta lagu baru disebalik tirai besi 😭 Deep betul maksud lagi ni

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Bergabung Meletup” – Nyanyian Nuha Bahrin & Nissa Sabyan Buat Peminat Teruja

Wow!! Nuha duet dengan Nissa Sabyan guys! Letupss arab dia orang!!

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
error: Content is protected !!