Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 29, 2021 @ 3:24pm

Pelajar IPT Dibenar Rentas Negeri Untuk Beraya, Dengan Syarat…

Mesyuarat sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)  bersetuju untuk membenarkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang beraya sempena sambutan Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.

Namun begitu, pelajar diberi pilihan  sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus sempena perayaan tersebut.

Bagi pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing, ada beberapa syarat atau prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.

Tarikh pergerakan pelajar pulang

Tarikh pergerakan pulang pelajar telah ditetapkan oleh KPT dengan menetapkan beberapa mekanisme kawalan pergerakan pelajar di setiap IPT dilaksanakan secara berfasa anataranya;

  • Tarikh pergerakan pulang ke rumah masing-masing

-7 Mei hingga 12 Mei 2021

  • Tarikh pergerakan pelajar kembali ke kampus

-15 Mei hingga 20 Mei 2021

Kaedah pergerakan pelajar pulang

Pihak IPT juga akan menyediakan surat pelepasan merentas negeri / daerah serta menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah dan ke kampus.

Pergerakan pulang akan melalui tiga keadah seperti berikut;

  1. Menggunakan kenderaan sendiri
  2. Pelajar dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
  3. Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT

Untuk makluman, bagi pergerakan menggunakan kenderaan sendiri adalah TIDAK dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Trending Tue, 26 Nov 2019

Remaja Maut Lepas Minum Racun Kerana Tertekan Diejek Rakan

Bertindak meminum racun seraangga kerana tidak tahan ejekan dari rakan-rakannya kerana dia berasal dari keluarga yang miskin

Featured Tue, 11 May 2021

Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik Walaupun PKP Dilaksanakan

Umum maklum, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bakal bermula esok justeru terdapat beberapa cadangan  timbul mengenai pelaksanaan moratorium secara menyeluruh. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor […]

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Buka Tirai Album Kedua, Aina Abdul Lancar Single Pop Jazz ‘Berjauh-an’… Jalin Kerjasama Dengan Penerbit Indonesia

Lagu Berjauh-an dipilih oleh Aina Abdul sebagai single utama untuk album kedua yang dijangka menemui peminat tahun ini.

Featured Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

error: Content is protected !!