Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 4, 2021 @ 4:51pm

Isu Rentas Negeri, Ini Pesanan ‘Makan Dalam’ Pengarah Nur Buat Neelofa

Siapa yang tidak kenal dengan nama Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai budak Ijat. Sebut sahaja drama arahan beliau pastinya ramai yang mengakui hasil seni anak muda ini dalam menampilkan drama-drama berkualiti begitu dekat dihati penonton.

Namun, kali ini beliau bukan tampil mahu mempromosikan drama terbaharu arahan beliau tetapi, tampil memberikan pandangan terhadap selebriti popular yang penuh kontroversi dengan isu perlanggaran prosedur operasi standard (SOP), Noor Neelofa Mohd Noor.

Shahrulezad dilihat memuat naik  satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Isnin, mencadangkan supaya Neelofa memperlahankan aktivitinya di media sosial selepas menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen dengan isu rentas negeri semata-mata mahu membeli karpet.

“Abang dah tak larat nak pertahankan kau dik. Nasihat abang dah alang-alang nak berniqab satu badan, awak ‘niqab’ lah sekali media sosial awak itu. Jangan meminta sangat caci maki orang Lofa (Neelofa) sayang”
“Tak kasihan dengan diri sendiri ke? Bulan puasa dik. Abang cakap ni bukan sebab abang nak benci atau suka-suka kecam Lofa. Abang cakap sebab dah tak larat tengok org buat dosa mengata kau, mengeji kau, sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu,” tulisnya.

Patutnya makin disayang bukan dibenci

Menurut, pengarah drama rantaian popular Nur itu, imej yang dibawa Neelofa sepatutnya membuatkan dia lebih disayangi dan bukannya semakin dibenci.

“Abang kasihan tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist (berhijab) yang lain. Apatah lagi pada golongan artis yang sememangnya selalu dipandang serong.
“Maaf Lofa, kali ini saya terpaksa bersuara sebab dah melampau. Cuma jauhkan diri dari media sosial sebab orang ramai sedang memerhatikan anda berdua,” kata Shahrulezad.

Anggap Lofa dahagakan perhatian

Selain itu, Shahrulezad menyifatkan Neelofa sebagai seorang yang dahagakan perhatian terutamanya dalam kalangan netizen.

“Kadang-kala abang rasa Lofa memang sejenis ‘dahagakan’ perhatian-perhatian sebegini. Sengaja mencari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet dekat Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai Nilai dan kenapa?
“Itu satu hal. Ikut dia la nak beli karpet sampai ke Zimbabwe sekali pun. Cuma yang kau gatal sangat muat naik video dekat InstaStory, lepas tu padan hantaran itu dan kenapa?
“Kau tak tahu ke netizen kita sejenis ikan jerung lapar darah yang pantang nampak kau buat silap. Munggu lepas kau muat naik gambar burger, lepas tu padam. Bila kena kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk dengan kau. Lepas tu buat benda sama,” ujarnya.

“Tolong jangan naikkan kemarahan netizen”

Menerusi hantaran tersebut juga, Shahrulezad meminta agar Neelofa sentiasa berhati-hati dan tidak berkongsi segalanya dalam media sosial terutamanya apabila ianya melibatkan isu rentas negeri yang kini menjadi antara isu sensitif rakyat Malaysia.

“Tolong jangan naikkan kemarahan netizen,”

Terdahulu, Neelofa sekali lagi menjadi topik perbualan hangat apabila memuat naik sekeping foto dan video menerusi  InstaStorynya yang memaparkan dia dan suami, Haris Ismail berada di sebuah kedai karpet.

 

Sumber : Facebook 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Nov 2022
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

‘Merindu’ Buah Tangan Madam Untuk Peminat

tahniah Madam untuk lagu baru

familuv Fri, 24 Feb 2023
Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Amelia Henderson Dedah Pernah Hilang Rakan Baik Gara-Gara Bukan Dari Keluarga Kaya  – “Saya Nampak Siapa Ikhlas Berkawan Dan…”

Mesti kawan Amelia tu menyesal kan sekarang? 🤪🤪 Syukurlah dihindari kawan yang seperti ini fuhhh

Selebriti Thu, 20 Jun 2024
Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Trending Mon, 31 Dec 2018

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan Akhirnya ..

Diejek Sebagai ‘Gadis Sampah’ Dan Dipulau Rakan, Usaha Gadis Ini Akhirnya Disanjung Dunia

Featured Wed, 6 Oct 2021
error: Content is protected !!