Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 1, 2021 @ 12:13pm

Bayaran Bantuan BPR Tambahan RM500 Bagi Isi Rumah & RM100 Untuk Golongan Bujang Bermula Jun Ini!

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri semalam mengenai bantuan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kerajaan sekali lagi memperkenalkan bantuan kewangan BPR Tambahan di bawah pakej PEMERKASA PLUS (PEMERKASA +).

Bantuan tambahan ini akan diberikan kepada semua golongan isi rumah dan golongan bujang yang terjejas.

Kadar bantuan mengikut kategori

Justeru itu, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM2.1 billion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut ;

  • Isi rumah berpendapatan di bawah RM200,00 – BPR Tambahan RM500
  • Isi rumah berpendapatan antara RM 2,501 hingga RM 5,000 – BPR Tambahan RM300
  • Golongan Bujang – BPR Tambahan RM100

Tarikh bayaran BPR Tambahan

Bayaran BPR Tambahan ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada;

  • Tarikh bayaran BP Tambahan – Hujung bulan Jun 2021

Bayaran ini juga merupakan bayaran fasa terakhir BPR bulan September sebanyak RM2.4 billion seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.

Bagi bantuan BPR Tambahan ini, orang ramai tidak perlu untuk membuat sebarang permohonan kerana semua penerima BPR akan menerima bayaran masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.

Namun, bagi individu BUKAN penerima BPR dan telah membuat permohonan tetapi TIDAK LULUS, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan pada 15 Jun 2021.

 

Sumber : LHDNM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 19 Mar 2022

Hadiah Buat Peminat, Fazura Teruja Bakal Kembali Berlakon Drama Bersiri Konsep Islamik!

Wah, berita baik untuk semua peminat yang merindui Fazura beraksi di kaca televisyen 🤩🤩 Semoga dipermudahkan! 😘

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Trending Fri, 8 Nov 2019

Punca Bakteria Staphylococcus Lelaki Maut Didakwa Terkena Gigitan Serangga

Lelaki Ini Maut Selepas Paru-Paru Dan Tulang Belakang Rosak

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
error: Content is protected !!