Featured By: Attiqah Mohd June 4, 2021 @ 9:17pm

Keputusan SPM 2020 Khamis Depan – Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, hari ini, memberitahu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun atau Khamis depan.

Dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya, beliau berkata Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

“Pertama – dengan kaedah dalam talian di portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

“Kedua – dengan menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, kesemua perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021.

Bagaimanapun, bagi calon sekolah tidak mempunyai capaian Internet, katanya pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.

“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian Internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan kenal pasti calon persendirian tersebut dan maklumkan kaedah sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan,” kata kenyataan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Featured Sun, 10 Sep 2023
Fab Foodies! Fri, 25 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda

Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jangan sampai bawang putih hangus).

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Winnie K Realisasi Impian Ibu

Good Luck, Winnie K!

Featured Tue, 3 Jul 2018

Ini Adalah 23 Gaya Penampilan Fesyen Terbaik Oleh Puteri Diana

Nampak macam lebih daring daripada Kate Middleton atau Meghan Markle.

Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……