Hiburan By: Padin June 21, 2021 @ 5:18pm

Terokai Keindahan Karya Orkestra Tempatan Bersama MPO!

Peminat Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO), anda kini boleh menikmati karya muzik orkestra yang indah daripada komposer-komposer tempatan!

MPO kini menjalin kolaborasi bersama Persatuan Komposer Kolektif (Malaysian Composers Collective – MCC) dalam sebuah koleksi audio digital bertajuk MPOPlaysOn: Malaysian Composers Series – Vol. 1. Koleksi audio digital ini kini tersedia di saluran YouTube MPO, MPO TV bermula 31 Mei 2021.

Siri koleksi audio digital ini menampilkan karya-karya orkestra klasikal oleh komposer-komposer Malaysia di bawah naungan MCC seperti Vivian Chua, Johan Othman, Ng Chong Lim, Adeline Wong dan Ahmad Muriz Che Rose.

Sejumlah 11 buah karya ditampilkan dalam siri koleksi audio digital ini yang kesemuanya pernah dipersembahkan oleh MPO pada acara MPO Forum Untuk Komposer Malaysia pada tahun 2003 hingga 2006. Diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS, projek ini telah menyediakan platform bagi komposer tempatan memanfaatkan integrasi dan interaksi intensif bersama pemuzik dan tutor MPO, dan para penonton.

Antara karya simfonik yang dipersembahkan dalam koleksi audio digital ini adalah Mercu Kegemilangan oleh Vivian Chua (karya yang dicipta sempena ulang tahun ke-20 MPO) dan Bertabuh Kala Senja oleh Ahmad Muriz Che Rose (sebuah karya yang memberi gambaran antara senja dan hari yang baru).

Antara karya lain ialah Ittar ciptaan Johan Othman (yang menyatukan idea tarian mitos dan daya tarikan wangian), Rimba oleh Ng Chong Lim (mengisahkan keindahan hutan hujan tropika) dan Snapshots oleh Adeline Wong (diilhamkan dari novel The Lovely Bones oleh Alice Sebold).

Koleksi audio digital ini merupakan usahasama MPO dan MCC untuk menghargai karya orkestra yang dihasilkan oleh komposer tempatan, dan menyediakan platform di pentas yang berprestij serta memupuk bakat mereka untuk terus berkembang dan bersinar.

Ditubuhkan pada tahun 2007, MCC telah menjadi peneraju utama dalam mempromosikan bakat komposer – komposer tempatan di dalam dan luar Malaysia. Komposer MCC telah mewakili Malaysia di Young Composers Competition dan Asian Composers League Festival. MCC juga telah melancarkan pelbagai inisiatif, antaranya Young Composers Workshop dengan kerjasama bank HSBC (2008) dan KL Contemporary Music Festival (2009) bersama Goethe Institut.

Untuk maklumat terkini, sila layari www.mpo.com.my atau media sosial MPO (Facebook, Instagram dan YouTube).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Tegas A.Aida, Reza sepatutnya bersyukur…

Hiburan Sat, 3 Nov 2018

#ASK2018: Selesa Gandingan Dengan Syafiq Kyle, Amyra Tak Sabar Tunggu Nur 2

Bukan Amyra je tak sabar, kami pun dah tak sabar nak tengok sambungan kisah Ustaz Adam & Nur dalam Nur 2.

Hiburan Sat, 20 Jan 2018

Bukan Soal Peluang Kedua, Saya Masih Sayangkan Dia

Disebabkan rasa sayang yang masih menebal, pasangan ini kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup di ibu kota

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Gandingan Mantap Nabila Huda, Faizal Hussein Dalam ‘M4M4’

Semasa pemilihan para pelakon, Nabila Huda atau Abil memang menjadi pilihan kami semasa skrip dihasilkan.

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Panas! Ini Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami Orang

Menurut wanita tersebut, sejak 26 Februari lagi beliau telah menulis satu Tweet kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya itu tidur dirumahnya

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Ude Wahid Semakin Biadab?

Namun, tidak berhenti disitu Ude baru-baru ini telah memuat naik gambar dilaman instagram beliau yang menunjukkan sarapan roti telur yang dibuat oleh isterinya, Izreen. Dalam ruangan caption tersebut, Ude seakan-akan memerli bekas isterinya yang dianggap sudah move on