Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 23, 2021 @ 1:28pm

TNB Salur Bantuan Kepada Golongan B40

Sedia maklum dengan keadaan ekonomi sekarang ini, rata-rata rakyat Malaysia terjejas dikala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dilaksanakan.

Oleh itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil inisiatif dengan memulakan penyerahan bantuan kepada rakyat  khususnya kepada golongan B40 menerusi Tabung Warga TNB Prihatin (WTP).

Difahamkan, sebanyak RM270,000 berjaya dikutip melalui tabung tersebut dan telah disalurkan kepada penerima pelbagai bangsa dan agama. Dan, setakat 21 Jun lalu, sebanyak RM40,000 telah diagihkan di sekitar Kuala Lumpur.

  “Bagi mencerminkan keprihatinan TNB, kami percaya ramai di kalangan masyarakat yang terjejas dan kami akan agihkan bantuan ini secepat yang mungkin”  

Sumber : Bernama

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, bantuan yang diagihkan ini adalah untuk membantu mereka yang terjejas dan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dan bantuan ini juga akan diagihkan secepat yang mungkin.

“Berpegang kepada prinsip yang ada perlu membantu kepada yang tiada dan disetiap rezeki ada hak insan lain, penyerahan ini adalah tanda syukur warga kerja TNB kepada mereka yang memerlukan”

Baharin berkata, diharap bantuan ini yang serba sederhana ini dapat membantu mereka yang terjejas sekaligus meringankan beban yang ditanggung.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Fri, 26 Apr 2024

[VIDEO] Gelagat Tiara Minta Achey Gendong Bikin Netizen Berdekah – “Beralih Buah Pinggang Ayah Awak Nanti”

Alahai Tiara! Kesian bapak awak.. Moga Achey tak terbang sampai puncak Fujiyama🤣🤣🤣

Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Featured Sat, 18 Jun 2022
error: Content is protected !!