Trending By: Padin June 24, 2021 @ 9:32am

Dituduh Mandul, Dipanggil Puk***k, Didakwa Tak Solat – Elizad Sharifuddin Buat Laporan Polis Terhadap Netizen Biadap!

Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang meninggalkan komen biadap serta memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap dirinya.

Membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil malam tadi, Elizad, 37, berang dengan tindakan pengguna media sosial terbabit yang melemparkan pelbagai tohmahan menerusi laman sosial Facebook.

“Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen ‘bodoh’ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan mandul, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu ke aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak?!

“Menggigil dan terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut, sedih teramat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!” tulis Elizad di sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Pengguna media sosial itu terlebih dahulu meninggalkan komen berunsur cercaan menerusi sebuah pautan artikel yang dimuat naik di laman sosial Facebook sebuah portal hiburan tempatan.

Selain itu, pengguna media sosial terbabit turut mengemas kini status Facebook miliknya dengan menulis, “Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat… Jom aminkan puk****. Amin.”

Dalam pada itu, Elizad menyifatkan perbuatan netizen itu melampaui batas dan kata-kata yang dilemparkan terhadapnya berunsurkan fitnah.

“I am crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?!

“Lain orang lain caranya, I don’t need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tak, itu kerja Allah.

“Cuma, no one can say that ‘mandul’ word to me!. Kau tahu tak aku struggle macam nak mati nak mendapatkan zuriat sendiri?! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.

“Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, sakit tahu tak? Sakit! Yang kau, senang-senang puk****kan aku dan cakap aku mandul!

“Apa aku rasa? Family aku rasa? Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak mendapatkan anak! Kau simply boleh cakap aku mandul dan puk****?

“Jarang aku ambil port dan maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis. Kau cuit salah orang,” ujarnya.

Di ruangan komen, ramai pengikut Elizad termasuk rakan-rakan selebriti memberikan sokongan terhadap pelakon dan penyampai radio ini termasuklah Fasha Sandha, Fara Fauzana, Ika Nabella, Elly Mazlein, Raja Ilya dan ramai lagi.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Teman Lelaki Upahan ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun sama.

Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
Trending Wed, 23 Jun 2021

Selepas 9 Tahun, Siti Sarah Kembali Bergabung Dengan Shuib

Selepas sembilan tahun tidak tampil dengan lagu duet bersama, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, pelawak dan usahawan Shuib kembali bergabung dan berpadu suara dalam sebuah karya baharu berjudul Semakin Benci Semakin Cinta (SBSC). SBSC yang […]

Featured Wed, 3 Aug 2022

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Alahai, jenuh nak bersihkan jalan tu 😌 Harapnya tiada yang tercedera. Tapi… ada yang cakap tinggal bawa roti je tu 👀

Trending Thu, 21 Nov 2019

Kereta Terbang Tak Dibenarkan Terbang, Betul Ke?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) belum lagi memberi kebenaran jadi macam mana?

Featured Thu, 20 Oct 2022

Dikritik Pakai Rantai, Individu Dakwa Shuib Berubah? – “Sejak Arwah Tak Ada Jadi…”

Alamak, betul ke Shuib dah berubah ni? Perasaan korang je kot

Featured Wed, 29 Nov 2023

Bakal Tamatkan Zaman Janda, Ibu Ashraf Sinclair Restu Perkahwinan BCL & Tiko Aryawardhana

Beruntungnya BCL dapat ibu mentua macam ibu Ashraf❤️🌹

Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad