Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 27, 2021 @ 1:02pm

PKP Tidak Tamat Esok, Sehingga Nilai Ambang Kurang 4,000 Kes – PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan ditamatkan esok, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, Fasa Pertama dalam Pelan Pemulihan Negara akan diteruskan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari.

Dan, PKP3.0 akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.

“Susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan empat fasa melalui PPN dan menyasarkan negara akan masuk ke fasa kedua pada Julai atau Ogos ini apabila nilai ambang yang ditetapkan berjaya dicapai.

Justeru itu, Muhyiddin turut memaklumkan kerajaan juga akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh kepada rakyat pada Isnin atau Selasa ini.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Hidup Bukan Tentang Berapa Kali Jatuh Tapi Bangkit Dengan Lebih Kuat” – Dr. Fie Tawfek

Penyanyi Nubhan, Dr. Fie menitipkan pesanan penuh makna mengenai kekuatan diri serta ketabahan menghadapi ujian kehidupan.

Hiburan Tue, 8 Jul 2025
Trending Thu, 12 May 2022

“Nyanyian Antara Punca Rezeki Saya” – Irfan Haris Bimbang Nikmat Suara Ditarik

Irfan Haris menghidap penyakit tonsil sejak setahun lalu, risau ditarik nikmat untuk bernyanyi.

Trending Tue, 6 Aug 2019

Peminat Naelofar Dan Starbucks Boleh Dapatkan Jenama Ini Serentak!

Dapatkan Neelofar X Starbucks dalam masa yang terhad ni tau!

Featured Fri, 26 Aug 2022

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Confirm masalah Malaysia settle bila wakil rakyat ‘tenang’ – Caprice

error: Content is protected !!