Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 27, 2021 @ 2:06pm

Bisnes Terkesan Kerana Pandemik Tak Jadi Penghalang Untuk Mila Jirin Bantu Orang Ramai

Perniagaan perkahwinan dan kembara umrah yang diusahakan oleh penyanyi Mila Jirin terkesan kerana kehadiran pandemik sejak tahun lalu.

Namun begitu, Mila tidak berdiam diri dan berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai dengan menceburi pelbagai bisnes lain termasuklah menjual kek, durian dan kini bisnes tempahan makanan atas talian demi menyelamatkan syarikat dan pekerja.

“Kita tak pernah duga Allah beri ujian besar ini. Memang ramai yang bergelut. Bayangkan orang yang susah lagi bertambah keperitan. Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa. Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri.

“Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan-bulan. Restoran Embun Urai yang saya usahakan turut ditutup sementara. Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan.

“Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada. Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya,” katanya.

Naluri ibu dan kemanusiaan Mila tersentuh saat sedar ramai yang bergelut dengan pandemik COVID-19 dan orang kuat jenama perniagaan Bizmilla itu enggan berpeluk tubuh.

Malah, isteri kepada Ailis Mustapha ini bersyukur kerana ruang membantu itu dipermudahkan menerusi Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall.

Kempen bermula 31 Julai itu diharap dapat mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat kita. Cita-cita saya memang mahu membantu lebih 100,000 keluarga ini.

“Peruntukan wang tunai RM5 juta dalam bentuk cash back itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

“Kempen ‘RM5 Juta Tunai Percuma’ ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 Pagi. Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian. Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen. @iamtashamanshahar Best jugak […]

Konsert Wed, 13 Dec 2023
Trending Tue, 6 Mar 2018

Rent a Korean Oppa as Your Tour Guide For an Unforgettable Trip!

Planning for a trip to Korea but in need of a tour guide to bring you around? Rent a Korean Oppa and tour all the beautiful places in Korea with him.

Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Fri, 30 May 2025
error: Content is protected !!