Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 1, 2021 @ 7:08pm

“Rasa Rugi Kalau Saya Tolak” – Ernie Zakri Teruja Berduet Dengan Hafiz Suip

Penyanyi Ernie Zakri menyifatkan peluang untuk berpadu vokal dengan penyanyi Hafiz Suip adalah satu penanda aras baru dalam karier seninya.

Pada awalnya, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, risau untuk berduet dengan Hafiz menerusi lagu Berakhirlah Pencarianku kerana dia baru sahaja mengeluarkan single duet bersama suaminya, Syamel.

“Sejujurnya, saya banyak berfikir juga di peringkat awal untuk melibatkan diri dalam projek ini sebab saya baru lancar lagu duet dengan Syamel iaitu Goodbye Hello yang merupakan lagu perkahwinan kami.

“Tapi apabila dinasihatkan oleh syarikat pengurusan saya bahawa ini adalah peluang keemasan, saya berasa rugi kalau ditolak. Lagi pula, pelaksanaan projek ini adalah demi kebaikan kerjaya saya sendiri.

“Kita perlu tengok juga pada fokus. Kebanyakan orang tak boleh ada dua tiga fokus perkara yang nak dibuat. Jadi kami pun berbincang. Pada kami, tidak akan timbul sebarang isu asal saja semua tahu komitmen kita apa dan untuk apa.

“Ketika mula diberitahu mengenai projek ini, saya terus terbayang wajah Syamel sebab dari dulu lagi kami saling bekerjasama dalam lagu duet.

“Tetapi, mungkin disebabkan saya pernah bekerjasama dengan Hafiz di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) tahun lalu, saya berasakan Hafiz juga rakan duet yang baik buat saya. Sebab kerjasama dan kefahaman kami itu dah ada,” katanya.

Menurut Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 31, tidak ada sebab untuk dia menolak tawaran terbabit.

“Alhamdulillah, bagi saya ini projek yang boleh diibaratkan mimpi menjadi kenyataan kerana dapat juga berduet dengan Ernie. Sebelum ini, saya pernah menyaksikan persembahan duetnya dengan protege saya. Dalam masa sama dia juga seorang guru vokal.

“Saya tahu dia berbakat besar dan pernah menang vokal terbaik. Apabila kami diberi peluang berduet pada ABPBH tahun lalu, saya berasakan ia kerjasama yang cukup menarik. Dari situ kami berborak dan diakui dia seorang yang senang jalin kerjasama termasuk ketika menyanyi bersama.

“Sama juga dengan pasangan duet saya yang lain sebelum ini. Sejak itu, saya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Ernie. Dengan kelebihan yang dimiliki beliau, siapa yang tak nak berduet dengan dia?” katanya.

Gandingan Hafiz dan Ernie menerusi lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh serta lirik ciptaan Datuk A. Aida itu diterbitkan bersama oleh syarikat Nova Music dan Rocketfuel.
Jangan lupa dengarkan lagu Berakhirlah Pencarianku di semua pelantar muzik digital dan di YouTube Nova Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 9 Oct 2019

Dituduh menunjuk-nunjuk kekayaan, Kylie Jenner padam foto kereta mewahnya

Komen orang ramai di Instagramnya pedas-pedas belaka!

Trending Thu, 4 Oct 2018

Ini Punca Enam Anggota Bomba Lemas Dalam Misi Mencari Dan Menyelamat

Takziah diucapkan buat kesemua wira negara ini. Al-Fatihah

Trending Thu, 27 Apr 2023

Jom Raya Bersama Sime Darby Property! Ada Rumah Terbuka Juga Tau!

Sebagai syarikat pemaju hartanah tersohor di Malaysia, Sime Darby Property (SDP) mengibaratkan jenamanya sebagai pengganda nilai bagi semua lapisan masyarakat.  Sempena bulan perayaan ini, SDP bertekad menggandakan lebih banyak nilai dengan mengetengahkan konsep perkongsian ruang […]

Events Fri, 6 Jun 2025

Sheila On 7 Kembali Gegarkan Latihan Pestapora Di Stadium Bukit Jalil 26 Jun Ini

Kemunculan yang pastinya ditunggu-tunggu peminat Sheila On 7 di Malaysia.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Hiburan Fri, 17 Nov 2023
Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
Featured Tue, 14 Feb 2023
error: Content is protected !!