Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 3, 2021 @ 4:11pm

Jangkitan Covid-19 Dijangka Akan Turun 2 Minggu Lagi

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan Dr Izani Husin, memaklumkan peningkatan kes COVID-19 selepas Aidiladha sudah dijangka akan berlaku.

Namun, jangkitan ini dijangka akan menurun dalam masa dua minggu lagi memandangkan kemudahan hospital dan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 masih dalam keadaan terkawal.

“Selepas peningkatan hampir dua minggu, kes kini menunjukkan sedikit penurunan dan kita menjangka kes semakin menurun dalam tempoh dua minggu lagi”

“”Kemudahan hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dalam keadaan terkawal,” katanya.

Tambahnya lagi, peningkatan kes di Kelantan adalah disebabkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang semakin longgar.

Selain itu, kewujudan varian delta di negeri ini amat membimbangkan dan pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah segera dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan yang merekodkan kes tinggi.

Justeru itu, beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia terutamanya di negeri Kelantan mengambil langkah berjaga-jaga dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 28 Aug 2022

“Ini Antara Pengubat Duka” – Noh Salleh Tersentuh Bila…

Selepas mengejutkan warganet mengenai kontroversi perceraian dengan bekas isteri, Mizz Nina, awal bulan ini, Noh Salleh tampil membuat persembahan Konsert 3 Generasi di Zepp KL, malam tadi. Menghiburkan kira-kira 3000 peminat yang hadir, Noh menzahirkan […]

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Mungkin Mereka Pun Tak Ada ‘Point'” – Kelemahan Vokal Diungkit, Nabila Razali Tak Ambil Hati

Nabila Razali enggan mengambil pusing apabila video lama mempamerkan kelemahan vokal nyanyiannya kembali dikongsikan di platform media sosial.

Trending Mon, 23 Oct 2023

Suami Orang Pakai Tudung, Kantoi ‘Skodeng’ Dalam Tandas Wanita

Dah lah suami orang! Tak senonoh betul dia ni. Hati-hati wanita di luar sana.

error: Content is protected !!