Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd August 9, 2021 @ 9:01pm

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat.

Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari tadi.

“Sewaktu saya turunkan dia di liang lahad, liang lahad tu nampak kecil. Saya risau akan ada kesukaran seperti tersangkut dan sebagainya tetapi Alhamdulillah kuasa Allah. Proses menguruskan jenazah sangat mudah.

“Saya uruskan jenazah beliau bersama lima lagi individu. Sewaktu saya uruskan jenazah terasa sangat ringan”, kongsinya.

Malah, Shuib sempat berkongsi bahawa dia menerima ketentuan Qada dan Qadar dari Tuhan di atas pemergian isterinya.

“Siti Sarah bukan milik saya. Dia milik Allah. Allah pinjamkan dia untuk saya selama 11 tahun dan 11 tahun itu juga banyak yang saya telah belajar daripadanya.

“Dia seorang isteri yang luar biasa hebat. Dia bersama saya sewaktu saya tiada apa-apa. Beliau tidak pernah malu bersuamikan saya malah beliau yang sentiasa memberi semangat untuk saya supaya tidak mudah menyerah.

“Apa yang saya miliki hari ini adalah tuah daripada isteri saya. Saya hanya menumpang,” luahnya sayu.

Malah, menurut Syuib lagi Siti Sarah merupakan insan yang tidak pernah lekang dari bersedekah malah tidak pernah mengungkit apa-apa sahaja yang diberikannya.

“Sarah berpesan kepada saya jangan pernah berkira-kira untuk memberi. Jangan pernah berkira dengan duit kerana rezeki kita akan menjadi semakin sempit”.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat ramai yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga dan berdoa agar beliau sekeluarga terus kuat berdepan dengan pemergian insan tersayang.

 

Di akhir kata, Shuib sempat meluahkan perasaan syukur atas kesemua pihak yang mendoakan kesejahteraan arwah isterinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Sep 2022

Tidak Beri Nafkah Anak 10 Tahun, Cliff Umar ‘Lari’ Untuk Ditemubual Media

Hmm kesian anak-anak.. Semoga segala urusan boleh diselesaikan dengan baik

Selebriti Mon, 5 Feb 2024
Trending Fri, 23 Aug 2019

忙到没时间吃便当?手表一掀立刻开饭

亚洲人的工作时数、工作压力,在世界上可说是「名列前茅」,日前日本有公司设计一款有趣的「便当手表」,将食物装进小小的手表里,让人一边看表、一边吃饭,将一分一秒利用到最极致!

Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Pilih Nama Zahra Aileen, Sarah Hilderbrand Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Sarah Hilderbrand pilih nama anak perempuan Zahra Aileen

Featured Thu, 24 Mar 2022

Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Saharul tak menolak sebarang tawaran berlakon, tetapi bergantung kepada…

8TV Thu, 3 Nov 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara […]

error: Content is protected !!